Rabu, 20 Januari 2010

Warren Buffett

Sejak usia muda, Warren Buffet berazam handak memiliki wang yang banyak dan beliau mengimpikan menjadi pelabur yang berjaya. Warren Buffet dilahirkan di zaman kemelesetan ekonomi dan bapanya hampir muflis. Melalui pengalamannya itu, beliau mula menghargai betapa bernilainya wang itu.

Sejak muda lagi Waren Buffet berkeinginan untuk menjadi seorang yang kaya. Semasa bersekolah rendah dan kemudiannya di sekolah menengah, Warren sering memberitahu rakan-rakannya, beliau mahu menjadi seorang jutawan sebelum berusia 35 tahun. Bila usianya 35 tahun, beliau telahpun memiliki harta bernilai lebih $6 juta.

Daripada pembacaannya, Warren mengetahui dan menghafal sebuah buku berjudul A thausand ways to Make $1,000. Pada usia enam tahun, beliau membeli botol-botol Coke pada harga 25 sen sebotol dan menjualnya dengan harga 30 sen. Pada usia 13 tahun beliau bekerja sebagai penghantar surat khabar. Melalui strategi pemasaran beliau, Warren dapat menghantar 500 naskah sehari kepada pelanggan-pelanggannya. Beliau melakukannya dengan mengupah kanak-kanak lain mengedar surat khabarnya.

Semasa Warren Buffet berusia 11 tahun, Warren menggunakan semua wang simpanannya dan melaburkan wang itu ke dalam pasaran saham. Pelaburannya yang pertama adalah dengan membeli tiga saham dalam sebuah syarikat iaitu City Service.

Apabila beliau berusia 14 tahun, beliau melabur dengan membeli mesin-mesin permainan pinball dan memesangnya di restoran-restoran yang berada di pekan tempat tinggalnya. Hasilnya, Warren Buffet memperolehi pendapatan sebanyak $175 seminggu iaitu purata pendapatan pekerja berusia 25 tahun pada tahun 1944.

Tidak lama selepas itu, warren menguasai bidang-bidang pelaburan dengan mencontohi dua pelabur hebat pada waktu itu seperti Benjamin Graham yang menemui kaedah Pelaburan Nilai dan Philip Fisher yang menemui kaedan Pelaburan Pertumbuhan. dengan mengabungkan kedua-dua kaedah ini dan membaikinya secara berterusan, warren akhirnya mencapai impiannya dan menjadi pelabur terkemuka di dunia.


Mesti pun namanya sering tersiar di majalah Forbes sebagai orang terkaya di dunia, gaya hidupnya tidak menggambarkannya yang sedemikian. Hingga ke hari ini (ketika blog ini ditulis), beliau masih mendiami rumahnya yang dibeli dengan harga $31,000. Walaupun memiliki Berkshire Harthaway, iaitu sebuah syarikat tesktil, pakaiannya hanyalah sut yang berkedut.

Kisah kejayaan Warren Buffet membuktikan kebolehan manusia untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih tinggi. Apabila seseorang itu mengikuti naluri hatinya dengan penuh keyakinan, usaha, disiplin dan ketabahan, kejayaan akan pasti dicapainya.

Berikut ialah nasihat dari Warren Buffet

Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.

Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus

Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan.

Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.

Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah selepas apa yang tinggal selepas menyimpan.


Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman (Original : It’s no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking)

Perakaunan : Tiada gunanya bawa payung jika kasut anda bocor.

Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.


Pengambil Risiko : Jangan sesekali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.

Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul.

Nasihat Warren Buffet Kepada Pelabur

Beliau berkata, “Risiko datang apabila kita dari tidak mengetahui apa yang kita lakukan”. Kenyataan ini ada benarnya kerana Buffet tidak pernah melabur di dalam perniagaan yang tidak diketahui. Ketika orang ramai sibuk melabur dengan banyak di dalam internet, Buffet tidak membeli manapun satu saham. Keyakinan diri, gigih bekerja, etika yang kuat serta kebolehan meramal pasaran saham telah menjadikan beliau seorang pelabur yang bijak pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan