Isnin, 18 Januari 2010

Beberapa Panduan Untuk melabur Di Pasaran Saham

A) Seseorang pelabur tidak perlu terikut-ikut gelagat pelabur kecil dalam melabur kerana ini menjadikan pelabur emosional. Sebaliknya pelabur-pelabur perlu melabur berasaskan pada pertimbangan rasional.jadi untuk mengelakkan dari menjadi dari sebahagian pelabur kecil, kita eloklah cuba;....

a. Melabur dalam saham syarikat yang telah kita kaji dan yang kita kenal dengan baik berasaskan kepada factor-faktor fundamental.

b. Lebih baik masuk ke dalam pasaran saham sebagai pemerhati untuk beberapa ketika sebelum mula melabur bagi mengelakkan kita dipengaruhi oleh emosi.lakukan analisa-analisa teknikal arah pasan, kelas saham, sentiment pasaran,keseriusan pengaruh sentemen dan lain-lain untuk beberapa minggu untuk membeli saham.


B) Simpan wang tunai di bank yang cukup untuk sentiasa bersedia mengambil peluang wujudnya bargain shares di pasaran. Peluang pasaran boleh wujud daripada perubahan gelagat pasaran.


C) Setelah menentukan arah pasaran sama ada bullish atau bearish,cuba pastikan tahab emosi sama ada ia telah memuncak atau turun paling rendah dengan mencari tanda-tanda sentiment pelabur-pelabur marginal yang konservertif.

a. Tanda pasaran yang telah sampai ke tahab yang paling rendah

i) Kadar base lending dan kadar bunga jangka panjang / pendek mula menurun.

ii) Berita ekonomi yang muram dan tidak mengalakkan menguasai pasaran,khusus berkait dengan ramalan perkembangan aktiviti ekonomi yang makin merosot.

iii) Penurunan harga saham yang besar dan cepat terutamanya dalam saham-saham harga mahal.

b. Tanda-tanda pasaran saham telah mencapai puncaknya ialah;

i) Kadar bunga pinjaman dan kadar base lending naik,biasanya mengikut kenaikan ekonomi.Petunjuk-petunjuk kewangan biasanya menunjukkan prospek yang tidak baik.

ii) Sentiment pasaran yang menunjukkan harapan tinggi bahawa harga-harga saham akan naik.Ini dibayangkan dalam ramalan-ramalan terbitan syarikat-syarikat pelaburan.Pada keseluruhannya ditahab ini pelabur-pelabur awam mempunyai keyakinan tinggi yang harga akan terus akan naik.Inilah ujianketahanan kita menguasai emosi diri.

iii) Biasanya pada tahab ini hamper semua saham dipasaran telah mengalami kenaikan harga sedikit sebanyak.


D) Beranikan diri untuk melawan sentiment atau emosi dalam membuat keputusan pelaburan.Prinsip pokok keputusan pelaburan kita ialah ‘beli semasa pasaran dikuasai oleh berita buruk’ dan ‘jual bila pasaran dikuasai oleh berita baik’.


E) Dalam memilih saham untuk dibeli,pilihlah saham yang telah jatuh haraga dengan banyak dalam tempoh masa yang pendek. Ini biasanya merupakan bargain shares. Setelah menentukan price earning rationya dan yakin ia dalah saham bargain,bolehlah kita membeli dan menyimpan saham. Jangan beli saham-saham yang mempunyai track record yang baik berpanjangan. Saham-saham ini biasanya telah overpriced.


F) Mengkaji struktur pemegang saham syarikat-syarikat yang ditunjukkan di dalam laporan tahunan syarikat dan KLSE handbook. Laporan ini dapat menentukan sama ada sesebuah syarikat iti dikuasai oleh institusi dalam pemegangan sahamnya. Pemegang saham institusi ini biasanya menguasai pasaran sepenuhnya kerana mereka menggunakan broker-broker dan penasihat pelaburan professional. Mereka juga berupaya menguasai pasaran kerana mereka memegang saham yang besar. Sememangnya kurang rasional untuk membeli saham-saham yang dipegang oleh banyak institusi kerana kita tidak dapat menggunakan asas fundamental dan sentiment untuk menguasai pasaran seperti cuba membeli pada harga terendah dan menjual pada harga tertinggi.


G) Beberapa kajian tentang gelagat pasaran saham telah dilakukan pada masa lepas. Hasil kajiannya memberikan panduan-panduan umum permasaan(timing) pelaburan seperti berikut;

a. Untuk memaksimumkan pulangan, kita biasanya adaah elok untuk melabur diawal bulan Disember dan untuk menjualnya semula diakhir bulan Januari. Bagaimanapun January effect ini merupakan satu fenomena pasaran umum. Kajian teknikal perlu diambil kira bersama dalam analisis pasaran sebelum membuat keputusan.

b. Secara mingguan, biasanya gelagat pasaran menunjukkan harga yang menurun pada setiap hari Selasa. Jadi, untuk memaksimumkan pulangan dalam pelaburan mingguan, kita bolehlah cuba membeli pada hari Rabu pagi dan cuba menjualnya pada hari Jumaat. Friday effect ini juga perlu didiskaunkan dengan mengambil kira aspek kajian teknikal yang lain juga.

c. Secara harian, harga saham biasanya paling tinggi kira-kira setengah jam sebelum tengah hari. Jadi untuk menjual pada harga terbaik, cuba jual kira-kira jam 11.30 pagi. Mid day effect ini bagaimanapun dipengaruhi oleh aspek-aspek teknikal pasaran yang lain.

d. Secara harian juga, harga paling rendah adalah sebaik sahaja pasaran dibuka pagi-pagi atau sebelum pasaran ditutup. Jadi untuk membeli saham, masa yang terbaik adalah sebaik sahaja pasaran dibuka atau sebelum pasaran ditutup. Bagaimanapun kita perlu mengambil kira aspek-aspek teknikal pasaran yang lain seperti di atas.



Semua analisis dan kajian yang dilakukan berkait dengan pasaran saham merupakan ikhtiar kita dalam usaha pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan......selebihnya kita berdoalah kehadrat Allah S.W.T...........

Senarai hanya GLC berkualiti-Yusli

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ainul.ahsan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) berharap hanya syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang berkualiti terbaik disenaraikan di pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff menyifatkan pengumuman kerajaan untuk menyenaraikan GLC sebagai positif, bukan sahaja kepada pihaknya tetapi juga pelabur.

Beliau menjelaskan, pemilihan GLC yang berkualiti tinggi itu penting dalam memastikan langkah kerajaan untuk menyenaraikan lebih banyak GLC mampu merangsang serta merancakkan pasaran tempatan, sekali gus mengembalikan pelabur asing.

‘‘Lagi besar syarikat, lagi baik kerana ia memberi peluang kepada para pelabur untuk mendapatkan pulangan yang baik,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan penyenaraian 17 anak syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF inc) oleh kerajaan, baru-baru ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, penyenaraian 17 syarikat itu dalam usaha meningkatkan kecairan dan hala tuju Bursa Malaysia.

Penyenaraian syarikat MOF Inc. akan meningkatkan lagi jumlah syarikat milik kerajaan di Bursa Malaysia.

Meskipun syarikat-syarikat tersebut bakal disenaraikan, kerajaan akan terus menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan, kata Husni.

Mengulas lanjut, Yusli berkata, setakat ini Bursa Malaysia belum mendapat mendapat sebarang maklumat tentang penyenaraian itu.

‘‘Kita akan menunggu sebarang cadangan penyenaraian dan pada masa kita akan dapatkan maklumat mengenainya,’’ ujarnya.

Sebelum ini, Husni memberitahu, keputusan bagi penyenaraian tersebut akan dimuktamadkan pada pertengahan tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasaran ekuiti sudah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif sejak awal 2010.

Beliau berkata, pelabur runcit kini sudah mula membanjiri pasaran tahun ini apabila mencatatkan peratusan menggalakkan iaitu 34 peratus berbanding 20 peratus pada pertengahan 2009.

‘‘Tahap keyakinan pelabur semakin baik dan saya yakin pasaran ekuiti tempatan akan terus positif, dirangsang dengan pengumuman model ekonomi baru tidak lama lagi.

‘‘Saya berpendapat, pengumuman tersebut akan menggiatkan lebih banyak aktiviti ekonomi, sekali gus menarik penyertaan pelabur asing,’’ ujarnya.

Nasihat Yang Perlu Saya Tahu Bila Terlibat Dengan Pasaran Saham

A) Wujudkan satu rancangan pelaburan berasaskan;

i ) Tingkat risiko / selamat yang terpilih.
ii) Pendapatan yang diharapkan.
iii) Keuntungan modal yang diharapkan.
iv ) Tingkat pelaburan yang saya berupaya.
v ) Peringkat (phase) pelaburan yang sesuai.

B) Buatlah pilihan saham yang hendak dibeli dengan teliti tanpa dipengaruhi oleh rakan-rakan atau mengikut gejala pasaran.

C) Perhatikan perubahan dalam pasaran saham tempatan dan antarabangsa, ekonomi tempatan dan antarabangsa dan perkembangan dunia amnya. Perhatikan..

i) Perubahan saham – saham tertentu di BSKL
ii) Perubahan Indekd Komposit BSKL
iii) Peubahan Indeks Komposit pasaran –pasaran saham luar Negara.
iv) Perubahan ekonomi Malaysia.

- Kadar pertumbuhan keseluruhan.
- Kadar pertumbuhan industry-industri terrtentu.
- Kadar faedah bank.
- Perkembangan-perkembangan dalam petunjuk ekonomi lain.
- Pergolakan ekonomi tempatan
- Wabak penyakit menular-H1N1, Selsema Burung

v) Perubahan ekonomi dunia.

- Petunjuk ekonomi antarabangsa – Keluaran, permintaan guna tenaga, harga dan upah.
- Indeks-indeks umum ekonomi antarabangsa seperti Federal Reserve Board Indeks di USA(FR)
- Harga komoditi
- Wang dan kadar bunga di pasaran dunia
- Pergolakan politik utama

D) Perhatikan profil-profil syarikat-syarikat yang dikenalpasti sebagai sasaran pelaburan(kalau boleh semua syarikat yang ada di pasaran saham). Buku tahunan BSKL patut dijadikan rujukan utama.

i) Tentukan pengarah dan pengurus –pengurus syarikat(kalau boleh la...)
ii) Kenal pasti prestasi kewangan syarikat
- Kadar pulangan pelaburan
- Kadar bayaran dividen
- Asset bersih sesaham
- Nisbah harga / perolehan
- Nisbah-nisbah kewangan
- Kadar gearing
- Lain-lain petunjuk kewangan

• Semuanya terdapat di dalam internet....bila kita mendaftar dengan mana-nama syarikat broker saham

iii) Tentukan perubahan harga saham dalam tempoh beberapa tahun lepas.

E) Pelabuaran hendaklah dibuat dalam tempoh jangka panjang dengan matlamat untuk memperolehi keuntungan jangka panjang. Jadi strategi pegangan saham seberapa lama yang boleh kecuali mempunyai alas an untuk menjualnya...Kemungkinan alas an – alasan;

i) Amat memerlukan wang
ii) Kemerosotan kedudukan kewangan perniagaan
iii) Memerlukan kaedah atau cara lain untuk mengunakan wang dengan cara yang lebih berkesan.
iv) Menganggarkan jika harga pasaran saham akan jatuh dengan banyak.

F) Perlu diingat bahawa tidak perlu ‘mengejar pasaran’.Jangan tergesa-gesa.pasaran akan sentiasa wujud. Biarlah tertinggal satu peluang kerana lambat bertindak daripada cuba melabur terlalu banyak(over trading dan overinvesting).Lebih baik tunggu dipinggiran(sideline) untuk ‘mengambil nafas) dan untuk memperolehi perspektif yang lebih baik daripada pasaran dan pelaburan.

G) Simpan rekod yang teliti tentang pelaburan (di dalam fail clear folder) di pasaran saham. Catat di dalam dairi tentang pelaburan;

i) Tarikh belian saham
ii) Unit belian dan harga
iii) Kos berkaitan dengannya
– komisen
-duti setem

* semua maklumat di atas akan diberikan oleh syarikat broker saham...perlu simpan je..

H) Analisa semula pelaburan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali setahun. Ini kerana dengan menganalisa saham-saham yang dipegang dan prestasi saham-saham pelaburan tersebut jika sejak ia dipegang dan prospeknya pada masa akan dating.

I) Perlu diingat bahawa haarga-harga saham sentiasa turun naik mengikut harga penawaran dan permintaan.Jadi, harga kemungkinan berubah dalam banyaknya dalam tempoh sehari. Ini bermakna saya perlulah sentiasa mengawasi turun naik saham ini.

J) Akhbar tempatan menerbitkan harga-harga saham dan rekod urus niaga untuk sehari termasukringkasan urus niaga mingguan untuk setiap hari Isnin.

Perlu diingat harga-harga ini adalah ‘harga sejarah’ iaitu rekod urus niaga hari sebelumnya. Jadi jangan gunakan data-data daripada akhbar tempatan pada satu-satu hari untuk membuat keputusan pelaburan serta-merta. Perlu ditekankan konsep arah pasaran(market trend) daripada harga pasaran secara mutlak (absolute).

Data di dalam akhbar perlu diproses dan diunjurkan lagi bagi memberi arah prestasi harga pada masa hadapan.

K) Bila terdengar di radio atau membaca akhbar dan majalah tentang ‘tips’ saham yang dianggarkan akan naik, perlulah diingat bukan saya seorang yang tahu tentang ‘tips’ tersebut. Semua pembaca dan pendengar yang lain juga mungkin akan bertindak sama seperti yang saya fikirkan. Jadi, tekanan belian akan naik dengan cepat menyebabkan harga naik (bukan sebenarnya disebabkan oleh nilai saham yang baik). Anda mungkin terlewat bertindak disebabkan kurang kemudahan komunikasi dan lain-lain sehingga menyebabkan terlambat membeli dan tidak sempat menjual semula sebelum harga turun semula dangan banyak.

L) Jika hendak membuat keputusan untuk menjual saham...ini bukan satu kesalahan...yang perlu diingat ialah usaha atau kesabaran menunggu saham naik untuk membolehkan menjual saham pada harga yang lebih tinggi dan memaksimumkan untung...janganlah menjadi seorang pelabur yang tamak haloba....Apa yang penting kita perlu meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan....daripada hasil jualantersebut..

Selain harga terendah dan tertinggi dalam satu minggu, perlu juga mengumpul maklumat tentang urus niaga harian. Ini dilaporkan pada setiap hari diruang aktiviti pasaran untuk hari sebelumnya...........