Ahad, 26 Februari 2012

Malaysia- Lelaki lebih ramai daripada perempuan



 Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu terdapat juga golongan bumiputera yang terdiri daripada kaum orang asli, dan pelbagai etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Antara etnik yang ramai bil...angannya ialah Iban, Dayak, Kadazan, Bidayuh, Bajau, Murut dan Malanau. Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan.


sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7962-demografi-penduduk.html

Sabtu, 19 November 2011

KDNK suku ke-3 lebih tinggi

Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) pada suku keempat 2011 dijangka lebih rendah berikutan kelembapan ekonomi global yang menyebabkan penurunan permintaan eksport.

Prospek pertumbuhan global diramal semakin tidak menentu berikutan risiko yang kian meningkat terutamanya kebimbangan mengenai kedudukan fiskal negara-negara maju.
Ia sekali gus menambah tekanan terhadap sistem kewangan antarabangsa serta melemahkan perkembangan ekonomi dunia secara berterusan.
Bagaimanapun menurut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, permintaan domestik serta pelaburan kerajaan yang meneruskan momentum positif pada suku terakhir tahun ini dijangka mampu menyerap impak faktor luaran.
"Sebagai sebuah negara terbuka ekonominya, Malaysia tidak dapat lari daripada kesan kelemahan faktor luaran yang boleh menjejaskan pertumbuhan KDNK tetapi permintaan domestik yang masih positif dijangka boleh menyerap impak itu dan terus menyokong pertumbuhan negara," katanya semasa mengumumkan KDNK suku ketiga 2011 di sini hari ini.
Di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar, negara masih mampu berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku ketiga tahun ini, meningkat sedikit berbanding 5.3 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu dan 4.3 peratus pada suku kedua 2011.
Prestasi positif ini didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh terutamanya perbelanjaan isi rumah dan perniagaan yang semakin meningkat serta perbelanjaan sektor awam yang lebih tinggi.
Permintaan di dalam negeri meningkat sebanyak sembilan peratus didorong oleh perbelanjaan sektor swasta sebanyak 7.3 peratus dan pengukuhan di dalam penggunaan kerajaan (6.4 peratus).
Menurut Zeti, di dalam persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu ini, pertumbuhan sekitar lima peratus sudah boleh dianggap baik dan memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju.


sumber;utusan malaysia

Sabtu, 7 Mei 2011