1. Elakkan kaunter PN4 atau PN17.
2. Jika ingin pelaburan tidak subahat atau haram beli kaunter saham shariah.
3. Saham mewah @ blue chip harganya mahal tapi julat pergerakan lebih rendah dan sentiasa disokong oleh pelabur institusi.
4. Saham murah @ penny stock julat pergerakan harga lebih kasar. Ada kala melonjak ada kala menjunam. Digemari pelabur kecil kerana kos rendah.
5. Jangan berhutang untuk membeli saham dan jangan kerugian saham menjadi hutang.
6. Kalau mahu membeli warrants pastikan tarikh luputnya supaya tidak terperangkap.
Saham merupakan pelaburan yang menunjukkan pemilikan terhadap sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda sebenarnya membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat; kadar pemilikan (atau ekuiti) bergantung kepada jumlah saham yang dibeli. Lazimnya saham yang diterbitkan ialah saham biasa. Pelabur membeli saham syarikat kerana mereka ingin memperoleh pulangan daripada pelaburan mereka.(dividen / keuntungan modal)
Jumaat, 28 Ogos 2009
APA KEPENTINGAN UNIT TRUST KEPADA ANDA?
1. Dana/Wang Persaraan (Retirement Planning)
Jika anda memandang serius ke arah kewangan yg terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda. Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?
Jika anda memandang serius ke arah kewangan yg terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda. Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?
a. Inflasi
Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun,dlm masa 15-20thn inflasi menjadi 12%. Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dlm masa 15-20 thn akan datang? Apa akan jadi kalau harga minyak dijangka naik dan terus naik?Fikirkanlah...
b. Umur yang panjang
Secara purata dgn kemudahan perubatan yg ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun ke atas.Untuk kehidupan yang selesa, setiap 5 tahun persaraan kita memerlukan sekurang-2nya RM80,000.20 tahun bererti kita memerlukan RM320,000.00. Adakah kita perolehi simpanan sebanyak itu untuk bersara?
c. Kos persaraan yang tinggi
Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua kita, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak,kos tempat tinggal,kos perlancongan (ibadat haji), kos perjalanan dan sebagainya. Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-2nya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah pencen anda mencukupi?
d. Pengurusan sumber kewangan
Menurut laporan akhbar THE STAR 23/1/2002...Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja. Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara. Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara. Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA
2. Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)
Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-anak yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!
Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-anak yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!
3. Faedah Perubatan (Medical Benefit)
Jika anda tidak dilindungi insurans,maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak terjangka, kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya. Apa tindakan anda seterusnya? Pinjaman dari bank dgn faedah yang tinggi?
4. Peluang Melancong (Travelling Expense)
Tempat-tempat yang menarik di Malaysia dan di dunia, sudah pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi perlancongan.Bagaimana anda hendak mengecapi impian anda untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi usahakan wang anda supaya ia bekerja lebih untuk anda.
5. Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)
Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.
Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.
6. Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)
Majikan yang ingin kekalkan pekerja mereka yg berkualiti / mahir terus menyumbang produktiviti syarikat, program ini adalah sesuai dan direka khusus bagi menjamin kesetiaan pekerja kepada majikan.
Bagaimana UNIT TRUST berfungsi?
Anda atau Pemegang Unit beserta pemegang unit lain melabur sejumlah wang tertentu didalam dana tertentu yg dikawalselia oleh pemegang amanah(trustee) seperti Amanah Raya Berhad dsb utk dilaburkan oleh pengurus dana (fund manager) ke pasaran ekuiti(KLCI), bond dan pasaran wang selaras dgn portfolio dana tertentu. Hasil keuntungan dari pelaburan setahun akan diisytiharkan bonus dan dividen dan ia diagihkan kepada anda serta pemegang unit yang lain.
Berapa pulangan hasil pelaburan dari UNIT TRUST?
Secara purata antara 8 hingga 15 peratus setahun. Pelaburan mesti berasaskan tempoh antara 3-5 tahun untuk menikmati hasil pulangan yang dinyatakan tersebut. Jika anda menyimpan dalam simpanan tetap(FD)dgn purata pulangan setahun 4%,anda terpaksa menunggu 18 tahun untuk menggandakan simpanan anda. ( berdasarkan peraturan 72 )
Bagaimana Cara Untuk Menggaut Keuntungan Dalam UNIT TRUST?
Senang sahaja. Anda harus bersabar kerana pelaburan ini mengambil tempoh antara 3 hingga 5 thn. Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules)dibawah ini:-
Pertama; anda hendaklah kerap melakukan penambahan pelaburan kerana ini mengurangkan kos unit yang anda beli. Anda terapkan purata nilai ringgit(Dollar Cost Averaging) didalam pelaburan anda.
Kedua; sentiasa berhubung dgn konsultan untuk mengetahui status pelaburan anda. Sebaik-baiknya 3 bulan sekali.
Ketiga; keluarkan semua pelaburan anda apabila anda sudah mencapai target (8-15%)setahun. Konsultant akan memberi nasihat kepada anda
Bagaimana Untuk Menyertai Pasaran Saham?
1. Kita perlukan salinan kad pengenalan
2. Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository
System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )
3. Buka akaun trading dengan broker yang terlibat. ( Saya menggunakan
perkhidmatan Maybank Investment - min RM3k )
4. Anda boleh juga membuka akaun untuk menjalankan transaksi melalui
internet.
2. Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository
System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )
3. Buka akaun trading dengan broker yang terlibat. ( Saya menggunakan
perkhidmatan Maybank Investment - min RM3k )
4. Anda boleh juga membuka akaun untuk menjalankan transaksi melalui
internet.
Untung Rugi Saham Bergantung Kepada Jenis Saham
Saham tidak semestinya tergolong dalam satu jenis pengkelasan saja. Saham mewah bermaksud saham syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap dan cemerlang. Istilah cip biru (blue chips) sebenarnya berasal daripada permainan poker di mana cip biru mempunyai nilai tertinggi berbanding cip putih atau merah.
Syarikat cip biru ini seharusnya mempunyai rekod perniagaan yang bagus dan berprestasi cemerlang, di samping mempunyai kedudukan kecairan yang tinggi dan modal ekuitinya lebih tinggi daripada hutang atau pinjamannya.
Selain itu, syarikat juga mencatat keuntungan berterusan dan mempunyai rekod pembayaran dividen yang stabil. Harga saham juga sentiasa stabil. Saham pertumbuhan (growth shares) pula adalah saham syarikat yang mempamerkan pertumbuhan pesat dari segi keuntungan.
Perolehan syarikat meningkat dengan kadar yang lebih cepat berbanding kadar pertumbuhan ekonomi keseluruhan sesebuah negara dan purata industri. Saham pendapatan (income shares) pula adalah saham syarikat yang mampu membayar dividen yang tinggi dari tahun ke tahun walaupun pertumbuhan keuntungannya tidak begitu menggalakkan.
Syarikat dalam kategori ini kebiasaannya terbabit dalam sektor ultiliti dan industri yang kalis kemelesetan. Saham pusingan (cyclical shares) pula lebih kepada saham syarikat yang dipengaruhi secara langsung oleh keadaan ekonomi negara atau situasi ekonomi global. Prestasi syarikat terbabit naik dan turun mengikut pusingan ekonomi semasa.
Ketika keadaan ekonomi memberangsangkan, prestasi syarikat terbabit turut meningkat dengan kadar yang tinggi dan sahamnya menjadi popular dikalangan pelabur dan sebaliknya. Syarikat yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti industri yang berasaskan permintaan pengguna khususnya perumahan, kereta dan perladangan.
Saham bertahan (defensive shares) bermaksud saham syarikat yang berkeupayaan menunjukkan prestasi yang baik dari segi purata keuntungan dan pembayaran dividen walaupun di dalam suasana kemelesetan ekonomi.
Saham spekulatif merujuk kepada saham syarikat yang tidak mempunyai kestabilan harga. Harga saham syarikat terbabit tinggi walaupun tidak mempamerkan prestasi kewangan cemerlang. Biasanya harga sahamnya meningkat dan menurun dengan cepat.
Sumber : http://main-saham.blogspot.com/
Operasi 'Pasaran Utama' dan ACE
PAPAN Utama dan Papan Kedua Bursa Malaysia akan digabungkan dan dikenali sebagai ‘Pasaran Utama’ manakala Pasaran Mesdaq pula dikenali sebagai ‘Pasaran ACE’, sejajar usaha untuk membolehkan akses yang lebih cekap kepada pasaran modal dan pelaburan tempatan.
Pembentukan ‘Pasaran Utama’ dan ‘Pasaran ACE’ menerusi kerangka baru keperluan penyenaraian dan penjanaan dana ekuiti di pasaran modal tempatan itu, akan berkuat kuasa 3 Ogos ini. ACE adalah akronim bagi ‘Access’ (Akses), ‘Certainty’ (Kepastian) dan ‘Efficiency’ (Kecekapan).
Penggabungan Papan Utama dan Papan Kedua kepada satu papan tunggal itu adalah bagi penyenaraian syarikat yang disenaraikan, manakala perubahan pasaran Mesdaq kepada sebuah pasaran alternatif yang terbuka adalah bagi kemasukan penyenaraian syarikat pelbagai saiz semua sektor ekonomi.
Di bawah struktur baru papan urus niaga Bursa Malaysia itu , Pasaran Utama akan mengumpulkan syarikat terkemuka yang lebih stabil dan mempunyai rekod prestasi yang cemerlang.
Pasaran ACE pula akan menjadi pasaran alternatif yang dikhususkan bagi syarikat sedang berkembang dari semua sektor dan saiz.
Mengulas perkembangan ini, Naib Presiden Kanan dan ketua jabatan Penyelidikan Midf Amanah Investment Bhd, Zulkifli Hamzah, berkata pengabungan Papan Utama dan Papan Kedua akan mengatasi masalah penumpuan berlebihan khususnya dikalanagan pelabur istitusi antarabangsa ke atas saham Papan Utama berbanding kaunter Papan Kedua.
Bermula 3 Ogos 2009 Syarikat Papan Utama dan Kedua disatukan menjadi ‘Pasaran Utama’ yang dikhususkan bagi syarikat yang telah diiktiraf dari segi rekod keuntungan bersih, iaitu minimum RM20 juta dalam tempoh tiga hingga lima tahun dan keuntungan bersih minimum terkini RM6 juta, serta modal pasaran minimum RM500 juta.
Pasaran ‘ACE’ pula, penyenaraian dipasaran itu dibuka kepada semua syrarikat dalam semua sektor perniagaan tanpa mengenakan syarat rekod pendapatan, operasi dan keuntungan, manakala harga terbitan minimum 50 sen sesaham dihapuskan
Perubahan dilakukan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia itu juga bertujuan menjadikan Bursa Malaysia sebagai sebuah platform yang lebih menarik bagi penyenaraian syarikat dari dalam dan luar negara.
Kerangka baru penjanaan dana ekuiti dan struktur baru papan dagangan Bursa Malaysia itu dilancarkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di ibu pejabat SC di Kuala Lumpur, semalam.
Perubahan struktur itu turut membabitkan peralihan penting dalam pendekatan kawal selia bagi penyenaraian dan penjanaan dana ekuiti.
Pengerusi SC, Datuk Seri Zarinah Anwar, berkata peralihan kepada satu pendekatan kawal selia yang lebih berasaskan pasaran itu, bertujuan meningkatkan kecekapan dan daya saing pasaran modal tempatan tanpa menjejaskan tahap perlindungan kepada pelabur.
“Ini adalah proses perubahan paling menyeluruh yang diambil setakat ini membabitkan kajian semula pendekatan pengawalseliaan sedia ada,” Katanya berucap pada majlis pelancaran semalam.
SC dan Bursa Malaysia dalam kenyataan bersama berkata, dalam mengkaji kerangka baru itu, kedua-dua pihak sudah mengadakan rundingan secara meluas dengan pihak industri dan orang awam membabitkan kira-kira 300 sesi perbincangan.
Katanya, menerusi kerangka baru itu, peraturan dan proses bagi penjanaan dana ekuiti dikemaskinikan bagi memberikan keyakinan yang lebih besar, tempoh disenaraikan lebih singkat dan kos kawal selia pula akan menjadi lebih rendah.
Semua cadangan korporat berasaskan ekuiti seperti pengambilalihan, selain pengambilalihan berbalik dan penyenaraian secara tidak terus, pelupusan, penempatan sekuriti, tawaran hak dan penerbitan waran, tidak lagi memerlukan kelulusan SC terlebih dulu.
“SC sebaliknya akan terus menyemak dan mendaftarkan prospektus bagi memastikan penzahiran yang mencukupi dan bermakna kepada pelabur.
“Bursa Malaysia akan mengambil peranan yang lebih aktif sebagai pengawal selia hadapan bagi penjanaan dana ekuiti sekunder,” kata kenyataan itu.
Satu lagi pembaharuan penting adalah kepada Pasaran ACE iaitu penghapusan penentuan keperluan rekod prestasi minimum bagi kemasukan ke dalam pasaran alternatif itu memandangkan penaja atau bank pelaburan akan diberikan kuasa menilai kesesuaian permohonan penyenaraian.
Sistem sedia ada yang memerlukan khidmat penaja sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun oleh penerbit tersenarai masih dikekalkan.
Langgan:
Catatan (Atom)