Khamis, 4 November 2010

PERKIM

TUJUAN penubuhan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) adalah untuk membantu dan membimbing saudara baru sama ada dalam bentuk kewangan mahupun ilmu agama. Hasilnya ada antara saudara baru berjaya dibimbing dan mereka pula mencurahkan bakti meneruskan dakwah dalam kalangan masyarakat.



Individu seperti Dr Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Ustaz Muhammad Farhan Al-Hafiz, Puan Sofia Yeong Mei Foong dan Masyitah Choon adalah antara mereka yang menjadi kebanggaan PERKIM. Mereka melafazkan syahadah dan PERKIM menjadi saksi. PERKIM nama yang menjadi pilihan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bekas Perdana Menteri pertama, selaku pengasasnya ditubuhkan pada 19 Ogos 1960. Bermatlamatkan kebajikan pertubuhan ini bukan hanya menyasarkan bantuan kepada masyarakat Islam tetapi meluaskan kepada bukan Islam. Sejak penubuhannya NGO Islam ini tidak kenal erti putus asa untuk membantu mana-mana individu yang berminat memeluk Islam. Menerusi 13 bahagian pada setiap negeri, PERKIM menyampaikan syiar Islam. Perjuangan PERKIM dikukuhkan lagi dengan wujudnya Wanita PERKIM yang banyak mengadakan aktiviti, khususnya untuk wanita. Di bawah kepemimpinan Tan Sri SOK Ubaidullah (1960-1964) sebagai Yang Dipertua pertama PERKIM, memulakan usaha dakwah pada peringkat awalnya menekankan pendidikan kepada saudara baru dan umat Islam.



Tugas itu disambung pula oleh pengganti beliau, Tan Sri Yusoff Ibrahim (1964-1968), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Zain (1969-1971), Tan Sri Yusoff Ibrahim (1964-1968), bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1974-1989), Tan Sri Abdul Taib Mahmud (1989-2006) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (2006 sehingga sekarang).



Sejajar dengan peredaran waktu, peranannya semakin diperluaskan. Kini, PERKIM melebarkan sayap dengan penubuhan Kelab PERKIM di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Pembabitan anak muda dilihat mampu memudahkan tugasan dakwah terutama dalam kalangan remaja. Ditambah lagi dengan penggunaan internet memudahkan lagi usaha mereka.



Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Datuk Hasbullah Lebai Isa, berkata tahun ini genap 50 tahun penubuhan PERKIM dan sememangnya mereka menyedari PERKIM perlu memperbaharui strateginya di dalam menyampaikan dakwah. Apatah lagi kini Islam sering dilabel dengan pelbagai tanggapan negatif.

“Sambutan sempena 50 tahun PERKIM ini akan diadakan selama tiga hari bermula 5 hingga 7 November ini. Beberapa aktiviti diatur dan acara kemuncak pada 6 Oktober ialah perasmian dijangka dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan pada jam 9 pagi.



Pada pagi itu, akan diadakan penyampaian anugerah kepada mereka yang pernah berjasa kepada PERKIM. Antaranya Ubaidullah, Tan Sri Syed Jaafar Albar dan Tan Sri Nasir Ismail.



Seramai 22 orang akan menerima anugerah pada siangnya. Pada malamnya, seramai 15 orang akan menerima anugerah. Penyampaiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis makan malam.



Pada hari itu juga, dokumen sejarah penubuhan PERKIM akan diserahkan kepada Jabatan Arkib Negara untuk direkodkan. Selepas majlis perasmian oleh Perdana Menteri, Yang Dipertua PERKIM, Dr Mahathir akan menyampaikan amanat kepada ahli PERKIM yang datang dari seluruh negara.



Pada malamnya pula, Muhyiddin akan merasmikan buku ucapan Dr Mahathir yang bertajuk Tajdid Pemikiran Islam Tun Dr Mahathir.



Sementara itu, pada tarikh sama Perdana Menteri dijangka melancarkan projek penulisan buku komemoratif edisi khas sempena Jubli Emas PERKIM. Buku ini antara lain memuatkan sejarah penubuhan awal PERKIM dan ia disasarkan terutama kepada yang bukan Islam untuk mereka mengenali Islam. Pada hari sama, Koperasi PERKIM Malaysia Berhad turut dilancarkan. Keahlian terbuka kepada semua ahli PERKIM dan orang awam.



“Sudah tiba masa PERKIM menjana pendapatan untuk pertubuhan dan ahli. Koperasi ini bakal menyediakan perkhidmatan seperti perlindungan insurans dan khairat kematian. Perasmian akan dilakukan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,” kata Hasbullah.



Tambah menarik, ekspo dan karnival membabitkan 40 gerai sepanjang tiga hari itu akan diadakan, termasuk pameran kereta dan motosikal berkuasa tinggi. Agensi swasta dan jabatan kerajaan seperti Suruhanjaya Koperasi, Kementerian Pertahanan, Bomba, Program Latihan Khidmat Negara, Pusrawi dan Jabatan Penjara.



Pada hari ketiga, Konvensyen Tajdid Pemikiran Islam akan diadakan dan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



Pembentangan dua kertas kerja akan disampaikan oleh Felo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Ismail Ibrahim dan Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof Datuk Dr Mohd Yusuf Osman dengan tajuk Hala tuju Dakwah Ke arah Pembinaan Generasi Qurani Era Globalisasi. Tajuk ini akan dibahaskan Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaya. Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Prof Dr Abdul Latif Samian.


Sumber; Berita Harian Online

Mata Satu Lambang Dajjal



Mungkin kebetulan atau memang disengajakan supaya logo JPA ini sama seperti lambang Dajal bagi pergerakan Freemason dan Illuminati... Jangan lah terpengaruh membawa budaya konspirasy atau pun New World Order(NWO) dalam hidup anda....



Ini pulak lambang satu mata di Jalan Tunku Abdul Rahman kat Bandaraya Kuala Lumpur....


Yang ini lak tak payah terangkan pun korang dah paham...Parti yang menyokong kuat IFC(Inter Faith Commission) yang mana hampir kesemua ahli IFC adalah Freemason..

 
Dipetik dari blog; Buaya-Merah

Apa Itu Illuminiti?

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.




Di bawah ni adalah senarai 13 keturunan Illuminati yang berpengaruh dan elit. Mereka adalah keluarga terpilih untuk menjadi hamba pengikut Dajjal bagi menjalankan pelbagai kegiatan subversif di merata dunia. Ini adalah kajian seorang pengkaji,mungkin ada lagi keturunan Illuminati yang terpilih tetapi walau apapun tindakan Dajjal The AntiChrist (anti Nabi Isa a.s sebenarnya), tindakannya pasti dibongkar oleh Yang Maha Mengetahui. Setiap perancangan 'The Hidden Hand'/Dajal/The false Messiah adalah dalam pengetahuan Allah s.w.t, tidak kira yang lepas, kini dan akan datang.



keturunan Illuminati itu ialah:



1.The Astor Bloodline



2.The Bundy Bloodline



3.The Collins Bloodline



4.The DuPont Bloodline



5.The Freeman Bloodline



6.The Disney Bloodline



7.The Merovingian Bloodline



8.The Kennedy Bloodline



9.The Li Bloodline



10.The Onassis Bloodline



11.The Reynolds bloodline



12.The Rockefeller Bloodline



13.The Rothschild Bloodline



14.The Russell Bloodline



15.The Van Duyn Bloodline






Keturunan Illuminati ini terpilih antara sebabnya ialah kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki oleh mereka yang dapat digunakan dan dimanipulasikan oleh Dajjal Laknatullah bagi melicinkan kerjanya.Rockefeller misalnya berpengaruh dlam bidang perniagaan minyak (Standard Oil, Exxonmobil) dan Rothschild diketahui umum menguasai kewangan dan perbankan...Keluarga lain misalnya Collins pula dihormati kerana darah keturunannya yg mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan, dgn kata lain diperlukan sebagai rahib Iblis bagi upacara ritual Illuminati.



Ada satu keturunan Illuminati yang berbangsa Cina dalam senarai di atas.The Li Bloodline. Wakilnya dekat sahaja dengan kita. Lee KuanYew serta anak buahnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng!
 DIpetik dari blog ; Buaya Merah

Peraturan Bank Negara tiada impak drastik

Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan nisbah pinjaman-kepada-nilai (LTV) bagi kemudahan pembiayaan rumah ketiga dan seterusnya tidak akan memberikan impak drastik terhadap permintaan untuk pinjaman gadai janji, demikian menurut sebuah syarikat penyelidikan.



Semalam BNM meningkatkan nisbah LTV kepada 70 peratus bagi kemudahan pembiayaan rumah ketiga dan seterusnya.



OSK Research Sdn. Bhd. dalam nota penyelidikannya berkata, kemudahan pembiayaan untuk pembelian rumah pertama dan kedua tidak terjejas dan peminjam masih lagi boleh terus mendapatkan pembiayaan untuk pembelian-pembelian ini.



"Dengan mengandaikan pertumbuhan pinjaman hartanah kediaman menyederhana sebanyak 50 peratus ekoran had peminjaman kredit BNM yang lebih ketat, jumlah pinjaman industri boleh jadi pada 10 hingga 10.5 peratus, iaitu di tahap tinggi akhir daripada anggaran pasaran," katanya.



Syarikat penyelidikan itu berkata, memandangkan kelembapan dalam eksport global dan sentimen perniagaan boleh menjejaskan pertumbuhan pinjaman perniagaan, bank masih perlu mengekalkan peminjaman gadai janji yang agresif bagi memenuhi sasaran pertumbuhan pinjaman masing-masing.



Dalam pada itu, syarikat penyelidikan itu mengekalkan saranan overweight ke atas hartanah Malaysia dan berharap para pelabur merebut peluang untuk mengumpul hartanah kediaman pertengahan hingga mewah.



Sementara itu, ECM Libra menjangka meningkatkan penawaran harta siap baru dari tahun 2011 hingga 2012.



Katanya, lebihan penawaran baru ini dan meningkatnya pelancaran oleh para pemaju dalam memasuki tahun 2011 mungkin menyaksikan pasaran yang agak berdaya saing.

UEM Land tarik pelabur AS ke Nusajaya

UEM Land Bhd. (UEM Land) telah mempelawa para pelabur dari Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai pelaburan pembangunan bandar pinggir air, Puteri Harbour di Nusajaya, Johor.



Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land, Datuk Wan Abdullah Wan Ibrahim berkata, pihaknya kini peringkat awal perbincangan mengenai pelaburan itu.



''Kami masih belum dapat mendedahkan nama-nama pelabur dari AS kerana segala-galanya berada dalam peringkat perbincangan.



''Malah, pasukan kami juga akan berangkat ke AS minggu depan bagi menghadiri sesi perundingan dan menarik pelaburan di Puteri Harbour dan di Nusajaya,'' katanya.



Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian kerjasama pembangunan Puteri Harbour di antara Bandar Raya Developments Bhd. (BRDB) dengan UEM Land di sini hari ini.



Hadir sama pada majlis ialah Pengerusi BRDB, Datuk Mohamed Moiz dan Ketua Pegawai Eksekutif BRDB, Datuk Jagan Sabapathy.



Perjanjian kerjasama itu dimeterai selepas BRDB telah mengambil alih 60 peratus pegangan dalam Haute Property Sdn. Bhd. (Haute) pada Julai tahun ini daripada Dubai World Limitless Holdings Pte Ltd. (Limitless).



Pengambilan alih yang berjaya diselesaikan Isnin lalu menyaksikan BRDB melalui anak syarikatnya Arden Heights Sdn. Bhd. telah menggantikan Limitless sebagai rakan kongsi UEM Land untuk pembangunan projek di Puteri Harbour.



Haute telah dibentuk pada Disember 2007 yang lalu sebagai syarikat peneraju yang menjalankan pembangunan kediaman utara di Puteri Harbour, Nusajaya.



Kediaman utara Puteri Harbour dengan cadangan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.3 bilion dijangka dibangunkan dalam enam fasa bagi tempoh melebihi tujuh tahun dengan fasa pertama dijangka bermula pada suku ketiga 2011.



UEM Land menyasarkan untuk menjadikan bandar raya Nusajaya aktif menjelang 2012.



Ketika ditanya tentang nilai tanah di Nusajaya pada waktu ini, Wan Abdullah berkata, beberapa tahun lalu, harga tanah di Nusajaya sekitar RM18 sekaki persegi, tetapi kini meningkat kepada RM31 sekaki persegi.



Katanya peningkatan nilai tanah itu berlaku secara berperingkat-peringkat.



Ketika ditanya mengenai bilangan pelabur di Puteri Harbour dan Nusajaya pada waktu ini, tambah beliau, sebahagian besar pelabur adalah tempatan.



Katanya, setakat ini hanya lima pelabur di Nusajaya yang terdiri daripada pelbagai bidang pembangunan seperti kediaman, hiburan dan rekreasi, pusat pengajian tinggi dan beberapa lagi.



Sementara itu, Sabapathy menambah, melalui kerjasama pembangunan Puteri Harbour, BRDB akan merancang pembiayaan melalui dana dalaman dan pinjaman bank.



Katanya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan oleh BRDB seperti menilai semula pelan induk.



''Saya yakin terdapat beberapa perubahan pada pelan induk pembangunan Puteri Harbour dalam tempoh beberapa bulan akan datang,'' kata beliau lagi.