Sabtu, 13 November 2010

Sejarah Orang Yahudi Di Malaysia


Orang Yahudi Malaysia adalah sebuah istilah yang dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka dapat dijumpa di tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka. Orang Yahudi Malaysia kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari Kaifeng, China, sewaktu pengambil alihan Komunis pada tanah besar China dari Chin Nasionalist pada 1949.



Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Malaya (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula di sekitar kurun ke 9 yang bermula di Lembah Bujang dan kemudiannya pada kurun ke 18 di Bazaar Kosmopolitan di Malaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Penang kemungkinan besar berlaku adalah disebabkan kemajuan perniagaan dan perdangangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke 19. Keadaan ini telah mempengaruhi saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara beramai-ramai pada skala yang besar Yahudi dari Empayar Uthmaniah dari Provinis Baghdad ketika pemerintahan Daud Pasha dari tahun 1817-1831.



Yahudi yang pertama telah tiba dan mendiami Malaya adalah Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau telah berhijrah dari Baghdad dan tiba di Malaya pada tahun 1895. Menurut sumber, Manasseh mengamalkan kehidupan dan budaya Yahudi selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Yang Pertama. Ketika itu, bilangan populasi masyarakat Yahudi yang berhijrah dan mendiami Malaya semakin meningkat. Ketika Jepun menyerang Malaya, masyarakat Yahudi telah dipindahkan ke Singapura dan sebilangan telah dibunuh dan dikebumikan ketika pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura. Selepas penjajahan Jepun, majoriti masyarakat Yahudi Malaya telah berhijrah ke Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1963 hanya terdapat sekitar 20 keluarga yang tinggal di Malaysia.



Rumah ibadat Yahudi (Synagogue) di Penang terletak di Jalan Nagore telah ditutup pada tahun 1976. Penutupan ini adalah disebabkan masyarakat Yahudi yang pada ketika itu tidak dapat melakukan ibadat Minyan, di mana terdapat seramai 10 orang lelaki berkumpul untuk beribadat secara beramai-ramai. Kini, dianggarkan terdapat 100 orang Yahudi di Malaysia dan kebanyakkan mereka adalah pelarian dari Russia. Kebanyakkan dari mereka telah berhijrah ke negara lain disebabkan oleh semangat Anti-Semetik yang kuat dan polisi anti-israel yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang bermula sejak tahun 1970.



Jalan Yahudi (Jew Road) di Penang dimana terdapat majoriti masyarakat Yahudi yang mendiami kawasan tersebut telah ditukarkan nama kepada Jalan Zainal Abidin. Keadaan ini telah menyebabkan entiti Yahudi yang ada hilang. Kini legasi yang tinggal dari masyarkat Yahudi di Malaysia hanya Tanah Perkuburan Yahudi dan Rumah Ibadat Synagoggue yang tidak digunakan lagi.



Keturunan masyarakat Yahudi Malaysia yang tinggal kini menetap di Singapura, Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat (terutamanya di New York) dan bilangan populasi mereka sehingga kini tidak diketahui. Majoriti masyarakat Yahudi Malaysia berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga ada juga yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa Yiddish, Parsi, Hebrew dan juga Bahasa Arab.

Tanah Perkuburan Yahudi di Penang telah diwujudkan pada tahun 1805 dan adalah dipercayai merupakan tanah perkuburan Yahudi yang tertua di Malaysia. Ianya berukuran 38,087 kaki persegi dan terletak di Jalan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Yahudi). Jalan ini merupak jalan kecil yang terletak di antara Jalan Burmah dan Jalan Macalister di Geroge Town. Kubur tertua bertarikh 9 Julai 1805 yang juga dipercayai kubur tertua di Tanah Perkuburan Yahudi itu. Kubur yang dimiliki oleh Puan Shoshan Levi. Dianggarkan terdapat 106 buah kubur dan kubur yang paling baru dibina adalah pada tahun 1978. Boleh dikatakan, tanah perkuburan ini dibina khusus untuk maysarakat Yahudi di sini. Walllahu’ A lam.




Kronologi Peristiwa 13 Mei



Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.



Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, S’gor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di S’gor yang menyaksikan 50:50 di S’gor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar S’gor ketika itu, Dato’ Harun Idris.





Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (’menyingkir’) orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dr atas lori ke arah org Melayu di tepi jln.



Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jlnraya turut berlaku.



Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jln dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.



Pd hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kwsn Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.



Rumah Menteri Besar S’gor



UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini x dirancang.



Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar S’gor di Jln Raja Muda Abdul Aziz di Kg Baru, KL. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar S’gor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa2nya, mrk yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang pjg dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dr Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.



Ketika berkumpul, cerita2 tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap2. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar S’gor.



4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jln Kg Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda2 Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi2 gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang2 Melayu di sekitar KL. Rupa2nya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.


Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.



Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.



Pasukan FRU dikeluarkan dr Kg Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang2 Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain2 turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap2. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.


Pemuda2 Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain2 mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar S’gor.



Askar Melayu



Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kg Baru, Jln Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai2 emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.



Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.



Panggung Odeon



Pemuda2 Cina dari kongsi2 gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jln Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.



Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura2 mati. Beliau masih hidup hingga skrg. Akibat daripada tindakan sebegini, orang2 Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .






Abdul Rafai Alias bersama rakan2nya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dgn rusuhan kaum yang tidak disangka2 pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah2 mayat mereka yang telah terbunuh di atas jln.



Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.



Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang2. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.



Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa2. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.



Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri2 tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.



Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang2 melayu dan cina di KL shj.


Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.



Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.



Di mana Tunku



Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.



6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.



Mageran



Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.



Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (”Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.



Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.



Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.


Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Sgor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

Tercekik

Pengenalan

Cekikan ialah sekatan pada saluran udara yang terjadi di antara belakang tekak dengan paru-paru.

Cekikan mungkin merupakan sekatan sepenuhnya atau sebahagian/separa sahaja.

Sekatan saluran udara sepenuhnya mengancam nyawa kerana seseorang itu tidak dapat bernafas. Pertukaran udara tidak akan berlaku menyebabkan kulit dan bibir bertukar menjadi biru. Bagi sekatan sebahagian atau separa, sedikit sahaja udara dapat melalui saluran pernafasan dan mangsa akan terbatuk-batuk. Keadaan tercekik sebegini boleh mengancam nyawa jika mangsa tidak dapat menyedut dan menghembus nafas dengan sempurna.

Asas Saintifik?

Cekikan akan menghalang oksigen dari memasuki paru-paru, dan seterusnya ke bahagian-bahagian penting yang lain dalam badan seperti otak .

Setiap sel dalam badan, terutamanya otak memerlukan oksigen untuk hidup. Otak akan berhenti berfungsi walaupun selepas beberapa saat sahaja. (akibatnya mangsa akan pengsan) jika tidak mendapat bekalan oksigen . Jika ini berterusan sehingga 4 - 5 minit, kemungkinan otak akan mengalami kerosakan yang kekal dan mungkin juga boleh membawa maut.

Penyebab ?

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada cekikan, terutama di kalangan kanak-kanak kecil .

Punca cekikan bagi kanak-kanak berumur lebih setahun dan orang dewasa

• Makanan Tercekik makanan boleh berlaku sekiranya seseorang itu bercakap atau terbatuk ketika sedang makan. Makanan yang tidak dikunyah dengan sempurna akan mudah menyekat saluran udara. Tercekik di kalangan kanak-kanak sering kali berlaku akibat mengunyah makanan ketika melakukan aktiviti fizikal (seperti berlari)

• Pengambilan alkohol:

mungkin gagal menyedari apabila saluran udaranya tersekat oleh makanan, terutama ketika mabuk.

• Kecederaan di muka dan kepala: Darah dan gumpalan darah beku akibat pendarahan boleh menyebabkan cekikan. Bagi kes kecederaan, ini akan memburukkan lagi keadaan kerana kecederaan di kepala akan memberi kesan kepada kewarasan seseorang itu.

• Objek-objek kecil : Objek-objek kecil termasuk apa sahaja barangan rumah, ataupun makanan berbentuk bulat dan padu yang boleh dimasukkan oleh kanak-kanak dengan mudah ke dalam mulut mereka boleh menyebabkan cekikan. Bila makanan ini tidak dapat dikunyah dengan baik, mereka mungkin cuba menelannya begitu sahaja.

Punca cekikan di kalangan bayi berumur bawah satu tahun

• Menyedut atau menelan objek asing adalah punca lazim yang menyebabkan bayi tercekik. Sesetengah bayi mempelajari sesuatu benda baru dengan memasukkannya ke dalam mulut (ataupun hidung) dan ini merupakan sebahagian dari proses normal perkembangan bayi.

Punca-punca lain yang boleh meningkatkan risiko cekikan

• Strok

• Epilepsi atau gila babi

• Pembengkakan di bahagian leher akibat jangkitan

• Kecederaan kepala

• Mabuk (contoh: alkohol)

• Pengambilan ubat yang berlebihan

• Koma

• Jantung berhenti berdenyut

Faktor - faktor risiko ?

Kanak-kanak pada tiga tahun pertama kehidupannya, menghadapi risiko besar terhadap cekikan, sehinggalah mereka mampu mengunyah dengan sempurna. Terdapat banyak perkara dan objek termasuk makanan tertentu yang boleh membawa kepada cekikan. Faktor lain yang menambahkan risiko untuk cekikan ialah tabiat makan.

Makanan dan duit syiling adalah punca paling biasa yang menyebabkan kejadian tercekik di kalangan kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah. Lazimnya, makanan yang menyebabkan cekikan ialah makanan yang popular di kalangan kanak-kanak ini. Ia selalunya berbentuk bulat, licin dan kecil seperti "hot dogs", gula-gula keras, kacang tanah dan anggur. Makanan-makanan ini mudah tertelan sebelum sempat dikunyah. Makanan yang keras dan kering seperti lobak merah mentah pula, sukar untuk dikunyah atau terus ditelan begitu sahaja.

Faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan cekikan dalam kumpulan umur ini termasuklah:

Makanan

• Ketulan daging yang besar

• Anggur dan kismis

• Gula-gula getah dan lolipop

• Gula-gula keras dan gula-gula batuk

• Hot-dog atau sosej

• Kacang tanah, kekacang dan bertih jagung

• Sayuran mentah (seperti lobak merah yang dipotong kecil-kecil)

• Buah-buahan kering yang sukar dikunyah

Barang mainan

• Belon

• Kepingan kecil permainan (contoh: buah dadu, kepingan permainan papan seperti dam)

• Beg plastik

• Barang kemas tiruan

• Barang mainan yang kecil

Objek

• Pin dan keratan kuku

• Pencungkil gigi

• Pen atau pensil kecil

• Krayon

• Dawai kokot

• Duit syiling

• Barang kemas

Tabiat tertentu ketika makan boleh menambah risiko cekikan. Contoh-contoh berkaitan termasuklah membenarkan kanak-kanak berjalan atau berlari dengan makanan di dalam mulut mereka, makan terlalu cepat atau menyuap terlalu banyak makanan ke dalam mulut.

Insidens ?

Kanak-kanak dalam peringkat umur tiga tahun pertama adalah paling berisiko mengalami tercekik, terutama tercekik oleh makanan atau duit syiling. Lebih ramai kanak-kanak yang mati akibat tercekik berbanding orang dewasa. Kebanyakan mangsa kanak-kanak ini ialah mereka yang berumur bawah 5 tahun . Tanda - Tanda dan Gejala ?

Mangsa cekikan biasanya akan mencekau tekaknya dengan tangan dan menjadi amat resah sekali. Mangsa juga tidak dapat bernafas, bercakap atau batuk kerana saluran udaranya tersekat.

Mangsa juga mungkin mengalami perkara-perkara yang berikut:

Tanda-tanda dan gejala cekikan pada orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih setahun:

• Sakit di esofagus atau dada

• Mencekau tekak dengan tangan

• Pernafasan yang bising

• Kesukaran bernafas

• Sawan akibat kekurangan oksigen

• Tidak sedarkan diri

• Tidak berdaya untuk menggerakkan udara memasuki paru-paru walaupun dengan bantuan pernafasan mulut ke mulut.

Tanda-tanda dan gejala lain termasuklah:

• Loya

• Muntah-muntah

• Sakit abdomen

• Pendarahan saluran penghadaman (najis berdarah)

• Demam yang mungkin bermula beberapa jam kemudian

Tanda-tanda dan gejala pada bayi berumur bawah satu tahun:

• Tidak berdaya untuk menangis atau bernafas

• Mengeluarkan bunyi bising yang nyaring

• Batuk tersekat-sekat

• Kekurangan oksigen (ditunjukkan apabila muka bertukar menjadi biru)

Komplikasi?

Selalunya selepas beberapa hari objek asing itu dibuang, mangsa mungkin mengalami tanda-tanda dan gejala seperti bunyi berdesit apabila bernafas, batuk yang berterusan dan pneumonia (radang paru-paru) . Bagi kes-kes yang serius, kecederaan organ dalaman mungkin berlaku. Jika anda mengalami sebarang gejala seperti yang dinyatakan, segera dapatkan rawatan perubatan. Ujian - Ujian?

Jika jasad asing tersebut tersekat dalam saluran usus, doktor mungkin terpaksa menjalankan ujian tertentu untuk mengesannya. Ujian-ujian ini termasuklah:

• Endoskopi bahagian atas jika jasad asing itu tersangkut di esofagus.

• Endoskopi bahagian bawah jika jasad asing itu disyaki berada di bahagian bawah saluran usus.

• X-ray bagi mengesan objek-objek yang tersangkut di sepanjang saluran usus.

Rawatan Pertolongan Cemas?

Jika anda mendapati seseorang itu tercekik:

• Jangan cuba mengeluarkan objek yang tersekat di tekak mangsa, anda mungkin menolaknya lebih dalam lagi.

• Jangan cuba melakukan CPR selagi laluan udaranya tersekat.

• Jangan beri pertolongan cemas sekiranya mangsa boleh bernafas, menangis, bercakap atau berupaya bercakap dengan suara yang normal.

• Jika bayi atau kanak-kanak tersebut demam atau menunjukkan beberapa tanda-tanda sakit seperti saluran udara membengkak, segera dapatkan khidmat kecemasan.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk kanak-kanak berumur di bawah satu tahun yang tercekik tetapi masih sedar :

• Gunakan peha anda sebagai sokongan dan tiarapkan bayi di sepanjang lengan anda.

• Dengan dada bayi di tangan dan rahangnya di antara ibu jari dan jari telunjuk anda, pastikan kepala bayi lebih rendah dari badannya.

• Tepuk belakang bayi dengan cepat dan kuat di antara tulang bahu bayi sebanyak 4 kali dengan tapak tangan sebelah lagi. Kemudian kepitkan dada bayi dengan kedua-dua tangan.

• Pusingkan bayi supaya menelentang di tangan yang sebelah lagi. Pastikan kepalanya lebih rendah dari badan.

• Menggunakan dua jari, tekan sebanyak 4 kali di tengah tulang dada bayi. Ini bertujuan untuk melapangkan saluran udara bayi dengan memaksa udara keluar melalui saluran udaranya.

• Ulang tepukan di belakang dan tekanan dada sehingga objek yang tersangkut terkeluar.

• Beri pertolongan cemas sekiranya bayi tidak sedarkan diri. Jika bayi mula mengalami kekejangan atau sawan, segera dapatkan khidmat kecemasan.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk bayi berumur bawah satu tahun yang tidak sedarkan diri :

• Jika anda boleh melihat objek atau jasad asing tersebut, keluarkan ia dengan jari anda.

• Telentangkan bayi di atas permukaan yang rata dan keras, kemudian dongakkan dagunya sedikit untuk membuka laluan udara dan cuba berikan bantuan pernafasan.

• Berikan 2 hembusan yang perlahan dan lembut. Jika dadanya tidak berombak, mulakan dengan tepukan di belakang dan tekanan dada sehingga berjaya. Ikut panduan yang diberi untuk bayi yang masih sedar.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih satu tahun yang tidak sedarkan diri :

• Telefon perkhidmatan kecemasan sementara seseorang lain memulakan CPR.

• Ikut arahan pertolongan cemas yang disenaraikan di bawah:

o Telentangkan mangsa di atas permukaan yang keras dan dedahkan dadanya.

o Buka mulut mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk anda dan keluarkan bahan asing yang tersekat sekiranya dapat dilihat.

o Jika mangsa dapat bernafas, berikan pertolongan cemas sama seperti mangsa yang tidak sedarkan diri.

o Jika mangsa tidak dapat bernafas, mulakan bantuan pernafasan. Jika masih lagi tidak dapat bernafas, ulang 2 hembusan lagi.

o Jika mangsa masih juga tidak bernafas, mulakan tekanan abdomen seperti berikut:

􀂃 Duduk melutut dengan mangsa berada di tengahnya, Letakkan pangkal tangan anda di tengah abdomen mangsa dan tangan sebelah lagi di letakkan di atas tangan tadi.

􀂃 Lakukan 6 hingga 10 tekanan dengan cepat dan mampat ke dada mangsa ke dalam dan ke atas. Ia bertujuan untuk melapangkan laluan udara mangsa.

􀂃 Buka mulut mangsa dan jika objek yang tersekat itu dapat dilihat, cuba keluarkannya.

*Klik pada butang sisi CPR untuk mendapatkan ilustrasi kaedah tersebut.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk kanak-kanak berumur lebih satu tahun dan orang dewasa yang masih sedar (Kaedah Heimleich) :

• Jangan ganggu mangsa sekiranya mangsa masih boleh bernafas, bercakap atau batuk.

• Jika mangsa tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas, lakukan seperti berikut:

o Berdiri di belakang mangsa dan peluk pinggang mangsa.

o Letakkan bahagian ibu jari genggaman anda di tengah abdomen mangsa dan genggamkannya dengan tangan sebelah lagi.

o Tekan kepalan tangan anda ke dalam dan keluar pada abdomen mangsa dengan cepat dan mampat sehingga objek yang tersekat terkeluar atau mangsa tidak sedarkan diri.

o Berikan pertolongan cemas kepada mangsa yang tidak sedar seperti yang dijelaskan sebelum ini.

*Klik pada butang sisi Kaedah Heimleich untuk mendapatkan gambarajah kaedah tersebut.

Rawatan Farmakologi

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat mangsa cekikan. Lazimnya, doktor akan merawat gejala-gejala lain yang timbul seperti demam, batuk atau nafas berdesit dengan memberi ubat-ubatan yang bersesuaian.

Rawatan Bukan Farmakologi

Semua mangsa cekikan perlu menjalani pemeriksaan doktor selepas pengeluaran objek yang menyebabkan kejadian ini . Langkah ini perlu kerana komplikasi mungkin timbul dari keadaan ini dan juga dari pertolongan cemas yang diberikan. Adalah baik bagi anda berjumpa doktor dan mendapatkan penjelasan, rawatan dan nasihat tambahan mengenai kejadian itu.

Bagi sesetengah kes, mangsa tertelan sesuatu jasad asing yang tidak dapat dikeluarkan melalui pertolongan cemas. Maka doktor mungkin terpaksa mengeluarkannya dengan menjalankan endoskopi atau dalam keadaan tertentu, pembedahan mungkin terpaksa dilakukan .

Pemantauan?

Selalunya, apabila keadaan mangsa bertambah baik dan bernafas seperti biasa, ia mungkin mengalami bunyi nafas berdesit dan batuk yang berterusan, terutama jika objek asing tersebut memasuki paru-paru . Oleh itu, anda perlu sentiasa mengawasi mangsa. Jika berlaku sesak dada dan batuk , anda perlu segera mendapatkan pertolongan perubatan kerana keadaan ini mungkin akan bertambah teruk. Prognosis?

Cekikan membunuh lebih ramai kanak-kanak berbanding dengan kemalangan di rumah yang lain. Bagaimanapun, ia juga berlaku dengan ketaranya di kalangan
orang dewasa. Jika mangsa mendapat bantuan hayat asas atau CPR sebaik sahaja tercekik, prognosisnya adalah lebih baik. Setiap orang, terutamanya ibu bapa perlu mengetahui sekurang-kurangnya bantuan hayat yang asas dan teknik CPR bagi menolong kanak-kanak apabila tercekik. Dapatkan perkhidmatan kecemasan, sekiranya anda merasakan kes berkenaan serius. Pencegahan?

Terdapat banyak cara untuk mengelakkan cekikan, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Penyeliaan ibu bapa atau orang dewasa amat penting ketika memilih makanan untuk mengelakkan cekikan. Mereka perlu memberitahu anak-anak dan membantu mereka memilih jenis makanan dan barang mainan yang sesuai.

Beberapa garis panduan untuk mengelakkan cekikan termasuklah:

• Elak pengambilan alkohol berlebihan sebelum dan semasa makan.

• Elakkan ketawa dan bercakap ketika mengunyah dan menelan.

• Ibu bapa dan guru perlu belajar teknik tindak balas yang bersesuaian seperti pertolongan cemas dan CPR untuk menolong kanak-kanak dan orang dewasa.

• Berhati-hati dengan makanan yang berpotensi menyebabkan tercekik seperti makanan yang bulat, kecil, tebal, melekit, licin atau mudah tertelan (contoh: kekacang dan kacang tanah). Bagi kanak-kanak, terutama bayi, makanan perlu dipotong kecil-kecil, manakala lobak merah dan sayuran mentah yang lain boleh dilembutkan dengan memasak dan menapisnya terlebih dahulu.

• Kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan makan sambil berlari, bermain, berjalan atau berbaring, terutama dengan mulut yang penuh dengan makanan.

• Nasihat anak-anak anda supaya makan di meja dan habiskan makanan sebelum beredar. Jika mereka hendak pergi ke sesuatu tempat, jangan membenarkan mereka membawa makanan bersama. Ajarkan juga bagaimana untuk mengunyah makanan dengan sempurna sebelum menelan.

• Elakkan memberi anak-anak anda barang mainan kecil dengan bahagian-bahagian yang kecil yang terdapat/mengandungi benda-benda kecil seperti biji mata dan butang baju, topi atau kasut plastik dan sebagainya.

• Elakkan anak anda daripada bermain dengan objek-objek yang berkemungkinan besar menyebabkan cekikan seperti beg plastik, pin dan pencungkil gigi.

• Jangan sekali-kali mengikat sesuatu di leher anak anda.

• Pelajarilah teknik bantuan asas hayat dan CPR

Bahaya herba tradisi pada ibu

Dr. Azriani Ab.Rahman Pensyarah PerubatanJabatan Perubatan MasyarakatPusat Pengajian Sains PerubatanUniversiti Sains Malaysia, Kelantan.


ADAKAH anda peminat setia ubatan tradisional? Anda perlu befikir dengan berhati-hati sebelum meneruskan niat untuk mengambil ubatan herba tradisional terutamanya jika anda disahkan berbadan dua.

Ubatan tradisional adalah ubatan yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian daripada bahan aktifnya bersumber daripada tumbuhan ubatan (herba). Ia digunakan dengan tujuan untuk menghalang atau merawat penyakit atau juga untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Ubatan herba diambil sama ada dalam bentuk asal bahagian tumbuhan tersebut seperti buah, bunga, rizom (ubi) atau dalam bentuk air rebusan seperti rebusan akar, batang atau daun atau juga dalam keadaan yang telah diproses di kilang ubatan sama ada dalam bentuk serbuk, ekstrak air atau ekstrak pelarut kimia yang dikeringkan dan dijadikan kapsul, pil herba atau bentuk cecair.


Kajian yang dijalankan oleh para penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (PPSP, USM) menunjukkan bahawa pengambilan ubatan tradisional yang mengandungi tumbuhan herba adalah popular di kalangan wanita hamil di negara ini. Kajian yang dijalankan di sebuah daerah di Kelantan pada 2005 ini menunjukkan 51 peratus daripada 316 wanita yang disoal selidik mengakui mereka mengambil ubatan herba semasa hamil.
Dalam satu kajian berbeza, dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) oleh Puan Law KS dan rakan-rakan antara bulan September dan Disember 2007 menunjukkan 34.3 peratus wanita Melayu yang dimasukkan ke wad antenatal HUSM mengakui mengambil ubatan herba semasa hamil dan 73 peratus daripada mereka mengambilnya semasa bersalin.

Kajian yang dijalankan oleh penulis dan rakan-rakan pada 2005 telah cuba menyelidiki tujuan utama pengambilan ubatan herba tradisional oleh golongan wanita tersebut. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, wanita mengambil ubatan herba tradisional boleh dibahagi kepada dua golongan.

Golongan pertama ialah wanita yang mengambil herba sebelum mereka hamil. Hasil kajian menunjukkan bahawa tujuan golongan ini mengambil ubatan herba adalah untuk menjarakkan kelahiran, mengatasi masalah sakit-sakit badan serta membantu meningkatkan kepuasan hubungan kelamin. Di antara herba yang dilaporkan popular untuk memenuhi keperluan tersebut adalah manjakani, kacip fatimah dan mas cotet.

Walaupun mereka mula mengambil ubatan herba sebelum disahkan hamil lagi, ramai yang dengan tidak sengaja telah meneruskan pengambilan ubat herba tanpa menyedari yang mereka telah hamil disebabkan tidak merancang kehamilan. Apabila disahkan hamil, ada yang segera berhenti daripada mengambil ubatan herba. Namun begitu, ketika mereka membuat keputusan untuk berhenti, usia kehamilan telah mencecah beberapa minggu atau bulan.

Golongan wanita yang kedua adalah wanita yang memang mengetahui bahawa diri mereka hamil dan sengaja mengambil ubatan herba khas untuk kehamilan. Di antara ubatan herba tradisional yang menjadi pilihan golongan ini adalah sanggul fatimah, bunga kembang semangkuk yang direbus dan diminum airnya atau minyak kelapa yang dibacakan doa atau disebut 'minyak selusuh' untuk mempermudahkan proses kelahiran.

Ada juga yang beranggapan ubatan herba dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdikan janin serta mengatasi masalah lekat uri (retained placenta). Di samping itu, ada juga segelintir wanita yang mengakui pernah mengambil tumbuhan dikenali sebagai pokok celaka untuk menggugurkan kandungan atau melawaskan haid.

Persoalannya, apakah ada kajian yang telah membuktikan keberkesanan ubatan herba untuk tujuan tersebut?
Kesan
PENGAMBILAN ubat moden dan tradisional perlu dipantau bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan ibu dan juga janin yang dikandung.


Setakat ini tiada lagi kajian yang dijalankan di kalangan wanita hamil di negara kita untuk membuktikan keberkesanan herba tempatan dalam memenuhi keperluan dan hasrat tersebut kerana kajian sebegini agak berisiko.
Selain daripada keberkesanan, persoalan yang jauh lebih penting adalah tahap keselamatan ubatan herba tempatan! Jika anda beranggapan bahawa ubatan herba ini sudah tentu selamat daripada kesan sampingan kerana ia adalah daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi, anda tersilap.

Menurut hasil tulisan saudara Husin, A dalam artikelnya bertajuk Adverse effects of herbs and drug-herbal interactions yang diterbitkan di dalam Malaysian Journal of Pharmacy pada 2001, keracunan dan kesan sampingan herba yang pernah dilaporkan kepada Pusat Racun Negara di antara tahun 1995 hingga tahun 2000 meliputi lapan kes pada 1995, tiga kes (1996), lima kes (1997), 11 kes (1998), tujuh kes (1999) dan sembilan kes (sehingga tahun 2000).

Di antara herba terlibat adalah jering, kulat kayu, kecubong, ubi kayu, daun mambu dan 'gel pelangsing'. Kementerian kesihatan Malaysia melaporkan 37 peratus daripada 5,000 pesakit buah pinggang di Malaysia turut dikaitkan dengan penggunaan ubatan tradisional dalam jangka masa panjang.

Walaupun bersumberkan tumbuh-tumbuhan, ubatan herba juga tidak terkecuali daripada kesan yang membahayakan kesihatan kerana beberapa faktor seperti:

l tumbuhan itu sendiri mempunyai bahan aktif yang kadang kala boleh memberi kesan toksik atau bahaya kepada ibu mahupun janin. Misalnya, Jus mengkudu dilaporkan mengandungi kandungan garam kalium yang tinggi yang membahayakan sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang. Garam kalium yang tinggi dalam darah juga boleh mengganggu proses denyutan jantung.

l ubatan herba itu boleh tercemar dengan kuman atau logam berat seperti plumbum semasa proses pengambilan, penyimpanan atau proses pemprosesan ubat itu sendiri.

l Kementerian Kesihatan melaporkan 95 peratus produk ubatan herba tradisional yang tidak berdaftar mengandungi steroids

l Interaksi di antara ubatan herba dan ubatan moden jika diambil pada masa yang sama boleh mengganggu proses penyerapan dan perkumuhan ubatan moden. Misalnya, ubatan tradisional yang mengandungi salicylic acid boleh berinteraksi dengan ubat aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk menghalang pembekuan darah. Ini boleh mengakibatkan risiko perdarahan terutama jika pesakit mengalami luka atau menjalani pembedahan.

Sebenarnya tidak banyak kajian yang telah dilakukan terutamanya keatas herba-herba tempatan untuk menentukan kesannya kepada janin jika diambil semasa mengandung. Tumbuhan herba mengandungi bahan-bahan aktif yang boleh menyeberangi uri (plasenta) dan seterusnya meninggalkan kesan kepada janin.

l Keguguran - Kajian ke atas tikus hamil yang dijalankan oleh Profesor Madya Siti Amrah Sulaiman, pensyarah di PPSP, USM menggunakan herba yang biasa diambil oleh Komuniti Orang Asli di Negeri Sembilan sebagai herba perancang keluarga mendapati herba tersebut boleh menyebabkan keguguran janin kerana bahan aktifnya menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron yang penting dalam mengekalkan kehamilan .

l Kecacatan - Ada wanita yang mengambil herba jika terlewat datang haid dengan tujuan untuk menggugurkan kandungan mereka. Ada yang berjaya, iaitu kandungan tersebut gugur. Namun begitu, tidak kurang juga yang gagal - keguguran tidak berlaku. Janin akan terus hidup dalam rahim ibu dengan pelbagai risiko akibat daripada kesan ubatan herba yang diambil tadi. Salah satu daripadanya ialah risiko kecacatan.

Sekiranya ubatan herba diambil dalam tempoh awal kehamilan (3 bulan pertama), bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami kecacatan teruk kerana tempoh 3 bulan pertama ini adalah tempoh di mana anggota utama janin terbentuk. Bahan aktif atau toksik daripada sesetengah ubatan herba boleh mengganggu proses pembentukan anggota janin. Hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof Madya Siti Amrah ke atas tikus hamil turut menunjukkan sejenis herba tempatan yang begitu popular digunakan untuk rawatan darah tinggi, kencing manis dan jantung menyebabkan janin tikus cacat dengan dagu bawah yang kecil (micrognathia) dan kecacatan pada tempurung kepala janin tikus.

l Bayi lemas - Ada wanita yang mengambil produk herba tempatan untuk mempercepatkan proses kelahiran bayi. Biasanya mereka akan mengambil herba ini selepas usia kehamilan mencecah 6 bulan ke atas kerana percaya herba ini boleh membantu mempercepatkan bukaan pangkal rahim. Setakat ini, tiada lagi kajian ke atas herba tempatan untuk membuktikan fakta tersebut! Namun begitu, kajian di negara lain ke atas produk ubatan herba tempatan mereka menunjukkan tumbuhan yang diambil dan dipercayai boleh mempercepatkan proses kelahiran ini memang terbukti mengandungi bahan aktif yang meningkatkan pengecutan rahim yang seterusnya membantu bukaan pangkal rahim. Bagaimanapun, pengambilan herba secara berlebihan berisiko menyebabkan peningkatan pengecutan rahim yang berlebihan dan boleh menyebabkan janin lemas kerana kekurangan oksigen. Jika pengecutan rahim yang berlebihan ini berlaku sebelum kandungan cukup matang, kelahiran 'tidak cukup bulan' boleh berlaku yang akan menimbulkan banyak masalah kepada bayi.

l Kematian janin - Mengikut kajian oleh penulis sendiri dan rakan-rakan di sebuah daerah di Kelantan, pengambilan ubatan herba dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan menunjukkan ada kaitan dengan kadar kematian bayi semasa di dalam kandungan atau dalam tempoh 6 hari kelahiran (kematian awal bayi - early neonatal death). Namun begitu, kajian kami turut mendapati pengambilan herba seperti 'minyak kelapa' yang lebih dikenali sebagai 'selusuh' oleh ibu hamil dalam tempoh 3 bulan terakhir kehamilan (trimester ketiga) menunjukkan kaitan pengurangan kadar risiko kematian awal bayi. Walaubagaimanapun kedua-dua penemuan di atas memerlukan kajian lanjutan untuk menentukan kandungan sebenar herba tersebut dan memastikan kesannya ke atas janin.
Waspada
CONTOH herba yang biasa digunakan wanita tempatan ketika mengandung.



Memastikan sesuatu ubatan tradisional adalah benar-benar selamat sebelum mengambilnya adalah penting kerana kebanyakan ubatan tradisional boleh dibeli di kedai, farmasi atau dipesan daripada bidan kampung atau dibuat sendiri tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor. Sebelum membeli atau mengambil sebarang Ubatan Tradisional, semak maklumat berikut:

l perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
l maklumat tentang kesan sampingan
l maklumat tentang kesan kepada janin
l boleh atau tidak boleh diambil oleh ibu hamil

Langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian kesihatan untuk memastikan ubatan herba selamat kepada pengguna meliputi:

l Pendaftaran ubat-ubatan - Di bawah peraturan Kawalan dadah & kosmetik (Control of drugs and cosmetics regulation), sebelum boleh didaftarkan, kementerian telah menetapkan kriteria bahawa produk hendaklah telah diuji dan dipastikan selamat daripada pencemaran kuman, logam berat dan mempunyai label. Pendaftaran adalah penting kerana jika berlaku sebarang kesan sampingan, mudah bagi pihak kementerian untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap produk dan juga pengeluar produk tersebut.

l Pemantauan - Bahagian penguatkuasa kawalan dadah (Drug Control Authority) adalah badan yang bertanggungjawab memantau keselamatan ubatan moden (farmaseutikal) atau pun ubatan tradisional. Anda hendaklah memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang kesan sampingan ubat-ubatan jika berlaku. Maklumkan kepada Doktor jika anda mengalami sebarang kesan sampingan daripada Ubatan Tradisional.

Doktor akan melakukan pemeriksaan dan membuat pengesahan mengenai kemungkinan kesan sampingan tersebut. Doktor juga akan membuat laporan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dengan mengisi borang khas yang terdapat di mana-mana hospital atau klinik kesihatan.

Kesimpulannya, keselamatan ubatan herba tempatan masih lagi menjadi tanda tanya kerana hanya sedikit kajian yang telah dijalankan untuk menentukan sama ada ubatan herba tempatan selamat kepada janin. Kajian yang sedia ada, walaupun dijalankan ke atas tikus, telah menunjukkan risiko kecacatan kepada janin.

Oleh itu, berhati-hatilah dan ikutilah nasihat berikut:

l seboleh-bolehnya, elakkan mengambil ubatan herba semasa hamil

l jika anda masih hendak mengambilnya, pastikan anda mengambil produk yang diiktiraf oleh kementerian kesihatan, ada maklumat yang sahih tentang kesan kepada kehamilan

l jika anda mengambilnya dalam keadaan anda tidak hamil, pastikan anda betul-betul merancang kehamilan anda supaya dapat berhenti mengambil sebarang ubat sebelum anda hamil.

l Berbincang dan dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil sebarang Ubatan Tradisional semasa hamil

# Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Prof Madya Siti Amrah Sulaiman, pensyarah di Jabatan Farmakologi, PPSP, USM

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian



Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.



Apakah penyebab jaundis



Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.



Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.



Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.



Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:



Bayi lahir pra matang

Darah ibu dan bayi yang berlainan.

Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis

Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)

Etnik Asia



Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Jenis-jenis jaundis



Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.

Jaundis Normal/Physiologic

Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.

Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

Jaudis Pathologic

Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.



Jaudis Susu Ibu

Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.





Rawatan



Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.

Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.

Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.



Jaundis Normal/Physiologic

Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.



Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.

Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.

Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.

Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.

Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.

Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya

Jaudis Pathologic

Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.

Jaudis Susu Ibu

Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.





Adakah ianya merbahaya?



Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.

Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.



Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.




Sifilis


Apa itu Sifilis?
Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan 'spirochete'
Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina
Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan

Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?
Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.

Peringkat 1
Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada:
o Vagina
o Dubur
o Penis
o Mulut

Ulser ini dipanggil 'primary chancre' dan akan hilang selepas beberapa minggu
Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran 'chancre'
yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudian

Peringkat 2
Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada
bahagian badan, kedua-dua belah tapak
tangan dan tapak kaki.
Ulser boleh timbul pada:
o Bibir
o Mulut
o Kerongkong
o Vagina
o Dubur
Gejala seperti selesema, demam dan sakit
badan mungkin berlaku.
Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2
minggu dan akan hilang walaupun tanpa
rawatan.
Ruam di badan

Peringkat 3
Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit
sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.

Peringkat 4
Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu 'Tertiary
Syphilis'
Kuman 'Spirochetes' telah merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan :
o Otak
o Jantung
o Saraf tunjang
o Tulang
Di antara gejala-gejalanya adalah:
Kesukaran untuk berjalan
Kebas
Buta secara beransur
Kematian

Apakah komplikasi Sifilis?
Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat
Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak
dapat dirawati lagi
Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk
sejak lahir.

Bagaimana Sifilis dirawat?
Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah
Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik
Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawati
lagi

Bagaimana Sifilis dicegah?
Sifilis dapat dicegah melalui :
Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi
undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
o Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan
remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan
persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan
kesalahan merogol.
Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
o Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
o Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan
dalam pencegahan Sifilis, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
o Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan
pertimbangan anda.
Jika anda juga mengidap penyakit Sifilis pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk
mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.