Apa itu Sifilis?
• Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan 'spirochete'
• Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina
• Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan
Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?
Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.
Peringkat 1
• Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada:
o Vagina
o Dubur
o Penis
o Mulut
• Ulser ini dipanggil 'primary chancre' dan akan hilang selepas beberapa minggu
• Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
• Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran 'chancre'
yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudian
Peringkat 2
• Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada
bahagian badan, kedua-dua belah tapak
tangan dan tapak kaki.
• Ulser boleh timbul pada:
o Bibir
o Mulut
o Kerongkong
o Vagina
o Dubur
• Gejala seperti selesema, demam dan sakit
badan mungkin berlaku.
• Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2
minggu dan akan hilang walaupun tanpa
rawatan.
Ruam di badan
Peringkat 3
• Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit
sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
• Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.
Peringkat 4
• Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu 'Tertiary
Syphilis'
• Kuman 'Spirochetes' telah merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan :
o Otak
o Jantung
o Saraf tunjang
o Tulang
Di antara gejala-gejalanya adalah:
• Kesukaran untuk berjalan
• Kebas
• Buta secara beransur
• Kematian
Apakah komplikasi Sifilis?
• Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat
• Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak
dapat dirawati lagi
• Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk
sejak lahir.
Bagaimana Sifilis dirawat?
• Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah
• Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik
• Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
• Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawati
lagi
Bagaimana Sifilis dicegah?
Sifilis dapat dicegah melalui :
• Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
• Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi
undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
o Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan
remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan
persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan
kesalahan merogol.
• Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
o Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
o Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan
dalam pencegahan Sifilis, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
o Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan
pertimbangan anda.
Jika anda juga mengidap penyakit Sifilis pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk
mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan