Sabtu, 29 Ogos 2009

PELABURAN DALAM WARAN ( WARRANTS )

Waran ialah satu opsyen jangka panjang yang memberikan pemegangnya hak membeli saham syarikat pada harga yang ditetapkan iaitu harga pelaksanaan pada jangka masa yang juga ditetapkan. Waran biasanya dikeluarkan bersama-sama sekuriti seperti saham atau bon untuk menarik minat pelabur ( as a sweetener ) membeli sekuriti berkenaan.

Waran mempunyai harga pelaksanaan, harga pasaran, dan tarikh matang. Nilai waran bergantung kepada semua nilai-nilai tersebut. Waran adalah satu instrumen pelabur yang menarik kerana harganya yang murah dan potensi keumpilan (leverage potential) yang tinggi. Apabila saham meningkat, harga waran juga akan meningkat.

Di dalam pasaran yang bullish, harga waran boleh meningkat sama banyaknya dengan harga saham. Dengan demikian, peratusan peningkatan harga waran adalah lebih banyak dari peratus peningkatan harga saham. Kemudahubahan (volatility) waran adalah lebih tinggi dari saham biasa. Oleh itu, apabila saham jatuh, harga waran akan jatuh dengan lebih banyak (dalam peratusan). Jika dikaji gelagat harga waran semasa pasaran saham meningkat dan juga gelagatnya semasa krisis kewangan dan pasaran saham yang lalu, kita dapat melihat kemudahubahan harga waran.

Prospektus: Kepentingan Pemahaman Sebelum Melabur

Rata-rata prospektus yang diterbitkan di Malaysia adalah dalam bahasa Inggeris, begitu juga istilah yang digunakan oleh industri. Di sini saya akan membincangkan maksud singkatan istilah yang kebiasaannya ditulis dalam bahasa Inggeris.

BullMarket
Keadaan di mana pasaran saham mengalami kenaikan nilai, selama kira-kira 12 bulan

Bear Market
Keadaan di mana pasaran mengalami kejatuhan yang mana nilai merosot sehingga 15% secara keseluruhan atau lebih.

Blue-Chip
Saham syarikat-syarikat yang besar, saham mewah, yang mempunyai rekot keuntungan dan dividen yang kukuh.

Bond
Bon; sekuriti pendapatan tetap, merujuk kepada pinjaman yang diberikan oleh pembeli Bon kepada pihak yang menerbitkan bon (seperti syarikat dan kerajaan ), yang mana pembeli akan mendapat bayaran berkala beserta keuntungan. Maturity Date ialah tarikh tempoh sesuatu bon itu akan matang, dan Face Value ialah jumlah wang yang akan diterima oleh pembeli bon pada tempoh matang nanti. Manakala, Coupon Rate ialah kadar keuntungan yang diperolehi berdasarkan peratusan tahunan dari Fce Value sesuatu bon.

Bond Fund
Dana yang menjurus kepada pelaburan sekuriti berpendapatan tetap yang mengutamakan pulangan dan pendapatan stabil kepada pemegang unit.

Equity Fund
Dana yang menjurus kepada pelaburan saham dan mengutamakan peluang kenaikan modal kepada pemegang unit.

Balanced Fund
Dana Seimbang; gabungan pelaburan ekuiti dan bon

Capital Gain
Keuntungan daripada jualan sekuriti.

Close-end fund
Dana yang mempunyai modal yang tetap, dengan unut-unit untuk jualan yang terhad. Kebiasaanya diurusniaga dipasaran terbuka dan harganya ditentukan oleh permintaan dan penawaran.

Cum-Dividend
Merujuk kepada harga unit di mana pembeli berhak menerima agihan dividen yang berikutnya berkaitan dengan unit amanah tersebut.

Dividend
Dividen; Keuntungan syarikat atau dana amanah yang diagihkan kepada pemegang saham atau unit.

Dollar Coast Averaging
Pelaburan berdasarkan prinsip RM kos purata, yang dibuat secara tetap dan berterusan, dengan keuntungan turut dilaburkan semula. Apabila harga jatuh, lebih unit akan diperoleh dengan pembelian pada paras harga rendah.

Equities
Pelaburan dalam saham

Expense Ratio
Nisbah perbelanjaan pengurusan, yang merujuk jumlah keseluruhan caj untuk mengurus sesuatu dana, tidak termasuk komisen.

Financal Period
Tempoh terakru, iaitu tempoh setiap 12 bulan tahun kewangan dimana akaun akan ditutup dan dikira.

Hedging
Strategi melindungi nilai sesuatu pelaburan.

SecuritiesSekuriti; terma yang digunakan untuk merujuk kepada pelaburan seperti saham, bon, atau pelaburan tunai.

Islamic Sekurities
Merujuk kepada sekuriti tersenarai di Bursa dengan kepatuhan syariah seperti yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah SC dan sebagimana garis panduan panel syariah pengurusan dana, serta sekuriti Bon Islam seperti Bon korporat, Cagamas Mudharabah Bon, Sukuk dan lain-lain instrumen pasaran kewangan Islam dan pelaburan Islam yang diterbit dan dijamin korporat, kerajaan dan agensinya.

Liquid/Liquidity
Istilah yang digunakan untuk menerangkan aset-aset yang mudah ditukar kepada tunai.

Load
Caj komisen yang dikenakan oleh sebilangan pengurus dan pakar kewangan kepada pembeli.

Open-end fundDana yang boleh dibeli dan dijual secara berterusan, yang mana saiz dana akan bertambah atau berkurang mengikut jumlah penawaran dan permintaan.
Portfolio Manager
Pengurus Dana yang mengendalikan pelaburan.
Returns
Pulangan pelaburan dalam bentuk peratusan, merujuk kepada keuntungan atau kerugian sesuatu pelaburan.
SC Act
Merujuk kepada Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
The Deed
Surat Ikatan; satu dokumen perundangan yang dipanggil yang mengariskan tanggungjawab dan hak tiga pihak yang terlibat dalam unit amanah ini iaitu pengurus, pemegang amanah dan pelabur. Surat Ikatan menyatakan secara terperinci bagaimana unut amanah harus beroperasi dan diuruskan, serta bagaimana cara menentukan kadar bayaran caj dan yuran.
Yeild
Kadar keuntungan atau pendaptan dalam pasaran bon.
***
Fahamilah kandungan prospektus dana. Para pelabur sewajarnya hendaklah mencuba mendapatkan prospektus dana sebagai bantuan dalam mambuat pertimbangan pelaburan. buku prospektus ini mudah diperolehi dari pejabat perniagaan pengurus dana, melalui egen-egen individu, di cawangan atau pejabat wakil jualan. Adalah penting untuk pelabur memahami sepenuhnya berkenaan pelaburan ini.
Perkara-perkara berikut perlu diteliti dan difahami melalui sebuah prospektus;
1. Jenis skim pelaburan amanah.
2. Jenis dana, objektif dan polisi agihan.
3. Jumlah yuran,caj dan perbelanjaan yang perlu ditanggung.
4. Kemudahan transaksi, seperti hak tempoh percubaan dan pemindahan dana.
5. Laporan dan maklumat pelaburan yang akan diperoleh dari masa ke semasa.
6. Hak anda sebagai pelabur/pemegang unit
* Maklumat di atas adalah lebih menjurus kepada pelaburan UNIT AMANAH