Waran ialah satu opsyen jangka panjang yang memberikan pemegangnya hak membeli saham syarikat pada harga yang ditetapkan iaitu harga pelaksanaan pada jangka masa yang juga ditetapkan. Waran biasanya dikeluarkan bersama-sama sekuriti seperti saham atau bon untuk menarik minat pelabur ( as a sweetener ) membeli sekuriti berkenaan.
Waran mempunyai harga pelaksanaan, harga pasaran, dan tarikh matang. Nilai waran bergantung kepada semua nilai-nilai tersebut. Waran adalah satu instrumen pelabur yang menarik kerana harganya yang murah dan potensi keumpilan (leverage potential) yang tinggi. Apabila saham meningkat, harga waran juga akan meningkat.
Di dalam pasaran yang bullish, harga waran boleh meningkat sama banyaknya dengan harga saham. Dengan demikian, peratusan peningkatan harga waran adalah lebih banyak dari peratus peningkatan harga saham. Kemudahubahan (volatility) waran adalah lebih tinggi dari saham biasa. Oleh itu, apabila saham jatuh, harga waran akan jatuh dengan lebih banyak (dalam peratusan). Jika dikaji gelagat harga waran semasa pasaran saham meningkat dan juga gelagatnya semasa krisis kewangan dan pasaran saham yang lalu, kita dapat melihat kemudahubahan harga waran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan