Isnin, 9 November 2009

Persediaan Untuk Melabur Di Dalam Pasaran Saham

Ramai juga orang memasuki pasaran saham tanpa mempunyai pengetahuan asas tentang pelaburan saham....hanya sebagai ikut-ikutan....atau menceburi bidang pelaburan saham tanpa mengetahui risikonya... Seperti lain-lain profesion atau bidang.....seseorang yang berminat untuk melabur di dalam bidang pasaran saham hendaklah membuat terlebih dahulu persediaan...ilmu. Tanpa persediaan mana mungkin seseorang itu akan berjaya walaupun dalam apa saja bidang yang diceburinya....tanpa ilmu kita hanya akan menjadi mangsa.... Ada juga mereka yang sanggup mengeluarkan banyak wang apabila diajak atau apabila mendengar cerita tentang keuntungan lumayan yang dibuat oleh orang lain. Akhirnya....wang disimpan hilang begitu saja di pasaran saham. Ada pula yang terlalu ghairah dengan pasaran saham hingga sanggup menggunakan semua yang ada tanpa memikirkan itu adalah untuk keperluan keluarga. Oleh itu.... persediaan pertama untuk untuk mereka yang bercadang untuk memasuki pasaran saham ialah dengan modal yang mencukupi. Oleh kerana pelaburan saham mempunyai risiko yang tinggi....pelabur tidak seharusnya menggunakan apa sahaja wang yang ada untuk melabur di pasaran saham. Pelabur digalakkan melabur dipasaran cuma apabila wang untuk keperluan keluarga telah dipenuhi.

Persediaan kedua... ialah pengetahuan dibidang pelaburan. Bagaimanakah seseorang itu membuat keputusan untuk menjual dan untuk membeli saham jika dia tidak faham tentang penilaian saham. Apa yang sering berlaku dikalangan pelabur kecil kita ialah membeli di atas tips yang didapati daripada rakan....tips ini tidak semestinya menjadi kenyataan. Ada juga tips yang sudah lama disebarkan dan kita adalah di antara yang terakhir menerima tips tersebut dan harga saham yang dinyatakan sudah menghampiri harga tertinggi dan mula untuk menurun. Dengan demikian.... orang memberi tips atau orang yang menerima tips lebih awal sahaja yang dapat keuntungan. Orang yang lambat menerima pula akan menanggung kerugian kerana membeli pada harga yang tinggi dan harga tersebut sudah mula menurun. Apa yang hendak diberitahu di sini ialah..... seseorang yang hendak memasuki pasaran saham ialah belajar tantang penilaian saham supaya ia boleh membuat penilaian yang baik...jangan mengharapkan tips... adalah lebih baik daripada mendengar tips kerana kebanyakan pelabur kecil menanggung kerugian dengan tips dan khabar angin. Kadang-kadang ada kemungkinan tips yang disebarkan oleh individu tertentu yang ada strategi disebaliknya....(ada udang disebalik batu...hati-hatilah)....Selain dari penilaian yang baik...pelabur perlu mengkaji strategi-strategi yang sesuai untuk digunakan untuk berjaya.

Ada banyak cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dibidang ini. Ada orang suka belajar dengan membacanya sendiri. Memang banyak buku-buku tentang pelaburan di pasaran. Terdapat buku asas hinggalah ke buku-buku yang memuatkan model-model yang canggih dan terkini. Sudah tentunya bahan-bahan bacaan di dalam bahasa Inggeris lebih banyak darpada bahan-bahan di dalam bahasa Melayu. Oleh yang demikian.... elok juga kalau menguasai bahasa ini sekali gus(sebab itu saya sokong PPSMI)....di dalam usaha menguasai bidang pelaburan....Di zaman sains dan teknologi maklumat banyak sumber bahan bacaan dan rujukan dalam bidang pelaburan saham yang boleh didapati dari internet...di dalam internet kita dapat memperolehi apa saja maklumat tentang pelaburan....malah banyak juga blog-blog yang membicarakan tentang pelaburan di BSKL...walau apa pun pengalaman adalah guru yang terbaik...ini adalah pengalaman saya sendiri...sebagai pelabur...

Selain dari mempelajari dengan cara membaca, ada juga orang suka mempelajari dengan menghadiri kuliah berbayar atau seminar...Yang penting keinginan untuk belajar itu yang utama...kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... di mana ada kemahuan di situ ada jalan....

Satu lagi persediaan yang penting untuk melabur di dalam pasaran saham ialah seseorang itu sanggup menanggung risiko....di mana ada risiko di situ ada untung....semakin tinggi risiko semakin tinggi jugalah untung....orang yang berjaya adalah orang yang sanggup menangung risiko....Seperti yang kita maklum, pasaran saham sentiasa berubah. Harga saham sentiasa naik dan turun. Ada ketikanya ia melambung naik dan ada ketikanya ia menjunam turun...ada yanag menangis dan ada yang gembira...pernah juga pelabur yang membunuh diri kerana menanggung kerugian yang banyak(Jepun)....terutama sekali yang berhutang untuk membeli saham... jangan kita sekali-kali berhutang untuk menceburi pelaburan saham..Bagi sesiapa yang tidak sanggup menghadapi perubahan harga ini,...eloklah memilih pelaburan volatil walaupun pulangannya rendah tetapi risikonya kurang.......fikir-fikirkanlah....