Jumaat, 11 Februari 2011

Pasaran kita tidak terancam

Harga-harga saham di kebanyakan bursa di Asia termasuk Malaysia dijangka merosot dalam tempoh sehingga dua minggu berikutan kebimbangan terhadap peningkatan ketara harga komoditi dan inflasi.



Aliran peningkatan yang berlaku hampir melibatkan kesemua komoditi telah mengganggu gugat sentimen pasaran.



Pada masa yang sama, harga minyak pada hari ini mula menunjukkan peningkatan semula dengan Brent North Sea bagi penghantaran Mac berada pada paras AS$101.50 (RM309.57) setong.



Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) jatuh 30.08 mata kepada 1,503.99, paras terendah sejak 21 Disember tahun lalu.



Pengarah Eksekutif Urusniaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, prestasi pasaran diburukkan oleh pengumuman secara terbuka Korea Selatan bahawa para pelabur asing telah keluar daripada pasarannya secara besar-besaran.



‘‘Secara asasnya, kenyataan itu telah menyebabkan para pengurus dana serantau melakukan perkara sama menyebabkan bursa-bursa Asia jatuh,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.



Bagaimanapun, keadaan yang berlaku tidak mengancam bursa tempatan, selagi ia kekal berada pada paras 1,500 mata.



Nazzary menyifatkan situasi semasa sebagai perkara yang biasa selepas pasaran mencatatkan kenaikan tinggi sebelum sambutan Tahun Baru Cina.



‘‘Jadi, inilah masanya pengambilan untung dan situasi tenang ini akan berlarutan satu, dua minggu sebelum pelabur masuk semula kerana harga-harga saham rendah,’’ ujarnya.



Beliau menambah, ramalan peningkatan inflasi di China dan kenaikan kadar faedah di negara ekonomi terbesar itu sekadar perencah yang mewarnai lagi situasi pasaran semasa.



Sementara itu, Ketua Ekonomi Kanan Bank Islam, (M) Bhd., Azrul Azwa Ahmad Tajuddin berkata, keadaan yang berlaku juga disebabkan oleh kebanyakan pelabur masih menanti data inflasi yang bakal dikeluarkan China pada minggu hadapan.



Inflasi China pada Januari dijangka melepasi lima peratus berbanding 4.6 peratus yang dicatatnya pada Disember 2010.



“ Jika data inflasi akan menjadi petunjuk kepada kemungkinan terdapatnya kenaikan kadar faedah di negara itu pada mesyuarat pihak berkuasa akan datang, “ kata beliau.



Penganalisa menjangkakan inflasi China akan meningkat sehingga 5.3 peratus pada Januari.



Bank Pusat China semalam telah menaikkan kadar faedah bagi meredakan peningkatan ekonomi negara itu.



Negara itu juga telah menetapkan kadar pertukaran mata wang yuan pada paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas beberapa jam selepas itu.



Kenaikan kadar faedah itu dijangka diikuti oleh pihak berkuasa lain di Asia untuk mengurangkan tekanan inflasi yang tinggi.



Selain isu inflasi China, jangkaan masa depan pemulihan ekonomi global yang dikatakan masih kabur juga merupakan penyumbang kepada kejatuhan pasaran Asia ketika ini.



Selasa, 8 Februari 2011

SIAPA YANG LEBIH ISLAM....?


SADIS; Sukar hendak digambarkan perasaan saya...melihat saudara seagama diperlakukan sebegitu rupa....Perbuatan yang tak sepatutnya...malah kepada binatang sendiri pun kita tidak berhak memperlakukannya seperti ini...inikan pula manusia...tak sangka orang yang berkopiah turut bertindak kejam....bagi saya yang memukul itu sebenarnya syaitan...berhati syaitan...berilmu syaitan.....besar sangatkah salah mereka sehingga diperlakukan begitu...mereka terlalu fanatik dengan agama...sehingga tersesat...di dalam kefanatikan mereka...agama Islam itu agaknya milik mereka...mereka berhak menjatuhkan hukuman ke atas orang lain...alhamdulillah di Malaysia belum ada lagi orang Islam yang menganggap mereka lebih Islam daripada orang lain...mungkin akan berlaku juga di negara kita....jika ada manusia yang menganggap mereka lebih Islam daripada orang Islam yang lain..........?

Isnin, 7 Februari 2011

Pendapat – Indeks 1500 Mata

Indeks Bursa Malaysia mencecah paras 1500 mata pada 29 Oktober 2010 (Jumaat). Kali terakhir indeks mencecah paras tersebut ialah pada tahun 2008 iaitu sebelum krisis ekonomi berlaku.



Indeks FBM KLCI yang mencecah 1500 mata sebenarnya terdiri daripada 30 syarikat yang berkualiti tinggi, mempunyai kecairan yang juga tinggi.



Kedudukan indeks adalah petunjuk kepada keadaan ekonomi sesebuah negara dan juga subjek untuk dimanipulasi dan lebih terdedah untuk di manipulasi kerana hanya melibatkan 30 syarikat berbanding dulu iaitu 100 syarikat.



Antara pendapat yang menyokong mengapa kedudukan indeks yang tinggi hanya lah manipulasi ialah bersandarkan kepada kedudukan syarikat2 lain.



Jika 30 syarikat yang menyokong indeks melonjak naik tanpa disokong oleh asas yang kukuh, kenapa syarikat yang lain yang mempunyai asas yang kukuh, harga sahamnya tidak melonjak naik. Namun ada juga syarikat yang bukan indeks mempunyai prestasi yang sememangnya teruk.



Trend di Malaysia semenjak 1999 ialah kaunter2 yang berkaitan indeks sahaja yang melonjak naik, manakala syarikat kecil yang lain walaupun mempunyai asas yang kukuh tidak naik harga. Sebahagian besar harga saham2 terbabit berada pada paras harga semasa krisis berlaku.



Trend tersebut juga muncul selepas krisis 2008, walaupun saham berkaitan indeks meningkat tinggi. Harga saham yang tidak berkaitan indeks boleh dikatakan sebahagian besar tidak berubah. Jika berlaku perubahan pun hanya sebahagian kecil sahaja.



Trend ini agak berbahaya sebenarnya, kerana ia mengambarkan pemulihan ekonomi yang berlaku tidak menyeluruh kepada pelbagai sektor di dalam industri.



Apabila indeks sudah mencecah paras tertinggi, para pelabur runcit akan muncul membuat pembelian dengan harapan indeks akan terus meningkat.



Perlu di ingat, indeks FBM KLCI semenjak kenaikan pada 2009 belum lagi membuat sebarang pembetulan teknikal secara sihat. Ini boleh terjadi pada bila2 masa samada selepas hari raya cina, selepas pilihanraya sarawak, pilihanraya umum yang dijangka pada Julai 2011 ataupun pada 2012.



Yang pasti ialah bila mana Federal Reserve menaikkan kadar faedah di sana, para melabur mungkin akan kembali Amerika dan ini akan menjejaskan pasaran saham Asia termasuk Malaysia.



Strategi melabur yang terbaik ialah berada di luar pasaran ketika harga saham melonjak tinggi dan masuk kembali semasa ramai orang dalam keadaan panik.



Namun, para pelabur boleh terus mencuba untuk membeli pelbagai saham terbitan awam (IPO) yang bakal disenaraikan seperti Petronas Chemical. Bumi Armada juga dijangka akan disenaraikan pada awal tahun 2011.



Jika ingin terus berada di dalam pasaran, tumpukan pembelian kepada kaunter yang mempunyai aliran tunai yang kukuh/tinggi seperti DIGI, Maxis, Axiata, TM, KFC, kaunter REITs dan beberapa kaunter lain.



Antara perkara yang membimbangkan ialah aset “bubble” yang mungkin akan berlaku disebabkan pengaliran wang daripada United States dan Eropah ke Asia termasuk Malaysia yang mana akhirnya menjejaskan pasaran saham dan ekonomi sepertimana pernah terjadi ketika krisis kewangan 1997/1998.



Walaupun kini sistem kewangan Malaysia berada dalam kedudukan yang amat baik, namun jika krisis berlaku di mana2 negara di Asean. Ini akan menjejaskan sentimen para pelabur kepada pasaran saham termasuklah Malaysia. Ini menyebabkan harga2 saham akan merudum.



Mungkin syarikat yang paling kurang menerima kesan ialah syarikat yang mempunyai aliran tunai yang tinggi.



Selamat menilai dan melabur


Sumber: Rakan Pelabur