Isnin, 7 Februari 2011

Pendapat – Indeks 1500 Mata

Indeks Bursa Malaysia mencecah paras 1500 mata pada 29 Oktober 2010 (Jumaat). Kali terakhir indeks mencecah paras tersebut ialah pada tahun 2008 iaitu sebelum krisis ekonomi berlaku.



Indeks FBM KLCI yang mencecah 1500 mata sebenarnya terdiri daripada 30 syarikat yang berkualiti tinggi, mempunyai kecairan yang juga tinggi.



Kedudukan indeks adalah petunjuk kepada keadaan ekonomi sesebuah negara dan juga subjek untuk dimanipulasi dan lebih terdedah untuk di manipulasi kerana hanya melibatkan 30 syarikat berbanding dulu iaitu 100 syarikat.



Antara pendapat yang menyokong mengapa kedudukan indeks yang tinggi hanya lah manipulasi ialah bersandarkan kepada kedudukan syarikat2 lain.



Jika 30 syarikat yang menyokong indeks melonjak naik tanpa disokong oleh asas yang kukuh, kenapa syarikat yang lain yang mempunyai asas yang kukuh, harga sahamnya tidak melonjak naik. Namun ada juga syarikat yang bukan indeks mempunyai prestasi yang sememangnya teruk.



Trend di Malaysia semenjak 1999 ialah kaunter2 yang berkaitan indeks sahaja yang melonjak naik, manakala syarikat kecil yang lain walaupun mempunyai asas yang kukuh tidak naik harga. Sebahagian besar harga saham2 terbabit berada pada paras harga semasa krisis berlaku.



Trend tersebut juga muncul selepas krisis 2008, walaupun saham berkaitan indeks meningkat tinggi. Harga saham yang tidak berkaitan indeks boleh dikatakan sebahagian besar tidak berubah. Jika berlaku perubahan pun hanya sebahagian kecil sahaja.



Trend ini agak berbahaya sebenarnya, kerana ia mengambarkan pemulihan ekonomi yang berlaku tidak menyeluruh kepada pelbagai sektor di dalam industri.



Apabila indeks sudah mencecah paras tertinggi, para pelabur runcit akan muncul membuat pembelian dengan harapan indeks akan terus meningkat.



Perlu di ingat, indeks FBM KLCI semenjak kenaikan pada 2009 belum lagi membuat sebarang pembetulan teknikal secara sihat. Ini boleh terjadi pada bila2 masa samada selepas hari raya cina, selepas pilihanraya sarawak, pilihanraya umum yang dijangka pada Julai 2011 ataupun pada 2012.



Yang pasti ialah bila mana Federal Reserve menaikkan kadar faedah di sana, para melabur mungkin akan kembali Amerika dan ini akan menjejaskan pasaran saham Asia termasuk Malaysia.



Strategi melabur yang terbaik ialah berada di luar pasaran ketika harga saham melonjak tinggi dan masuk kembali semasa ramai orang dalam keadaan panik.



Namun, para pelabur boleh terus mencuba untuk membeli pelbagai saham terbitan awam (IPO) yang bakal disenaraikan seperti Petronas Chemical. Bumi Armada juga dijangka akan disenaraikan pada awal tahun 2011.



Jika ingin terus berada di dalam pasaran, tumpukan pembelian kepada kaunter yang mempunyai aliran tunai yang kukuh/tinggi seperti DIGI, Maxis, Axiata, TM, KFC, kaunter REITs dan beberapa kaunter lain.



Antara perkara yang membimbangkan ialah aset “bubble” yang mungkin akan berlaku disebabkan pengaliran wang daripada United States dan Eropah ke Asia termasuk Malaysia yang mana akhirnya menjejaskan pasaran saham dan ekonomi sepertimana pernah terjadi ketika krisis kewangan 1997/1998.



Walaupun kini sistem kewangan Malaysia berada dalam kedudukan yang amat baik, namun jika krisis berlaku di mana2 negara di Asean. Ini akan menjejaskan sentimen para pelabur kepada pasaran saham termasuklah Malaysia. Ini menyebabkan harga2 saham akan merudum.



Mungkin syarikat yang paling kurang menerima kesan ialah syarikat yang mempunyai aliran tunai yang tinggi.



Selamat menilai dan melabur


Sumber: Rakan Pelabur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan