Selasa, 8 September 2009

Apa maknanya PN4 dan PN17?

Secara ringkasnya PN4 dan PN17 (nota amaran), ia adalah beberapa ketetapan yang dikenakan oleh BSKL yang mesti diambil oleh syarikat - syarikat tersenarai yang bermasalah. Apa yang dilakukan oleh BSKL ialah menggantungkan urusniaga saham syarikat yang bermasalah itu untuk satu tempoh masa, daripada diperdagangkan.

PN4 dan PN17 adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan pelabur dengan memastikan syarikat yang terlibat mengemukakan maklumat yang cukup dan telus dibuat mengenai kemajuan rancangan penyusunan semula syarikat tersenarai terbabit.

Kaunter PN4 & PN17 mestilah menyusun semula operasi atau membuat usulan kepada bursa tentang perancangan perniagaan mereka dengan segera. Sekiranya gagal, berkemungkinan mereka digantung dan kemudian disingkirkan dari bursa kerana mereka tidak wujud sebagai sebuah entiti perniagaan.
Sebagai pelabur kita tidak dapat menjual pegangan sekiranya kaunter itu digantung dan tidak diniagakan. Seandainya kaunter itu dinyah niaga dari bursa maka semua pelaburan kita tidak bernilai lagi.

1 ulasan: