A) Wujudkan satu rancangan pelaburan berasaskan;
i ) Tingkat risiko / selamat yang terpilih.
ii) Pendapatan yang diharapkan.
iii) Keuntungan modal yang diharapkan.
iv ) Tingkat pelaburan yang saya berupaya.
v ) Peringkat (phase) pelaburan yang sesuai.
B) Buatlah pilihan saham yang hendak dibeli dengan teliti tanpa dipengaruhi oleh rakan-rakan atau mengikut gejala pasaran.
C) Perhatikan perubahan dalam pasaran saham tempatan dan antarabangsa, ekonomi tempatan dan antarabangsa dan perkembangan dunia amnya. Perhatikan..
i) Perubahan saham – saham tertentu di BSKL
ii) Perubahan Indekd Komposit BSKL
iii) Peubahan Indeks Komposit pasaran –pasaran saham luar Negara.
iv) Perubahan ekonomi Malaysia.
- Kadar pertumbuhan keseluruhan.
- Kadar pertumbuhan industry-industri terrtentu.
- Kadar faedah bank.
- Perkembangan-perkembangan dalam petunjuk ekonomi lain.
- Pergolakan ekonomi tempatan
- Wabak penyakit menular-H1N1, Selsema Burung
v) Perubahan ekonomi dunia.
- Petunjuk ekonomi antarabangsa – Keluaran, permintaan guna tenaga, harga dan upah.
- Indeks-indeks umum ekonomi antarabangsa seperti Federal Reserve Board Indeks di USA(FR)
- Harga komoditi
- Wang dan kadar bunga di pasaran dunia
- Pergolakan politik utama
D) Perhatikan profil-profil syarikat-syarikat yang dikenalpasti sebagai sasaran pelaburan(kalau boleh semua syarikat yang ada di pasaran saham). Buku tahunan BSKL patut dijadikan rujukan utama.
i) Tentukan pengarah dan pengurus –pengurus syarikat(kalau boleh la...)
ii) Kenal pasti prestasi kewangan syarikat
- Kadar pulangan pelaburan
- Kadar bayaran dividen
- Asset bersih sesaham
- Nisbah harga / perolehan
- Nisbah-nisbah kewangan
- Kadar gearing
- Lain-lain petunjuk kewangan
• Semuanya terdapat di dalam internet....bila kita mendaftar dengan mana-nama syarikat broker saham
iii) Tentukan perubahan harga saham dalam tempoh beberapa tahun lepas.
E) Pelabuaran hendaklah dibuat dalam tempoh jangka panjang dengan matlamat untuk memperolehi keuntungan jangka panjang. Jadi strategi pegangan saham seberapa lama yang boleh kecuali mempunyai alas an untuk menjualnya...Kemungkinan alas an – alasan;
i) Amat memerlukan wang
ii) Kemerosotan kedudukan kewangan perniagaan
iii) Memerlukan kaedah atau cara lain untuk mengunakan wang dengan cara yang lebih berkesan.
iv) Menganggarkan jika harga pasaran saham akan jatuh dengan banyak.
F) Perlu diingat bahawa tidak perlu ‘mengejar pasaran’.Jangan tergesa-gesa.pasaran akan sentiasa wujud. Biarlah tertinggal satu peluang kerana lambat bertindak daripada cuba melabur terlalu banyak(over trading dan overinvesting).Lebih baik tunggu dipinggiran(sideline) untuk ‘mengambil nafas) dan untuk memperolehi perspektif yang lebih baik daripada pasaran dan pelaburan.
G) Simpan rekod yang teliti tentang pelaburan (di dalam fail clear folder) di pasaran saham. Catat di dalam dairi tentang pelaburan;
i) Tarikh belian saham
ii) Unit belian dan harga
iii) Kos berkaitan dengannya
– komisen
-duti setem
* semua maklumat di atas akan diberikan oleh syarikat broker saham...perlu simpan je..
H) Analisa semula pelaburan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali setahun. Ini kerana dengan menganalisa saham-saham yang dipegang dan prestasi saham-saham pelaburan tersebut jika sejak ia dipegang dan prospeknya pada masa akan dating.
I) Perlu diingat bahawa haarga-harga saham sentiasa turun naik mengikut harga penawaran dan permintaan.Jadi, harga kemungkinan berubah dalam banyaknya dalam tempoh sehari. Ini bermakna saya perlulah sentiasa mengawasi turun naik saham ini.
J) Akhbar tempatan menerbitkan harga-harga saham dan rekod urus niaga untuk sehari termasukringkasan urus niaga mingguan untuk setiap hari Isnin.
Perlu diingat harga-harga ini adalah ‘harga sejarah’ iaitu rekod urus niaga hari sebelumnya. Jadi jangan gunakan data-data daripada akhbar tempatan pada satu-satu hari untuk membuat keputusan pelaburan serta-merta. Perlu ditekankan konsep arah pasaran(market trend) daripada harga pasaran secara mutlak (absolute).
Data di dalam akhbar perlu diproses dan diunjurkan lagi bagi memberi arah prestasi harga pada masa hadapan.
K) Bila terdengar di radio atau membaca akhbar dan majalah tentang ‘tips’ saham yang dianggarkan akan naik, perlulah diingat bukan saya seorang yang tahu tentang ‘tips’ tersebut. Semua pembaca dan pendengar yang lain juga mungkin akan bertindak sama seperti yang saya fikirkan. Jadi, tekanan belian akan naik dengan cepat menyebabkan harga naik (bukan sebenarnya disebabkan oleh nilai saham yang baik). Anda mungkin terlewat bertindak disebabkan kurang kemudahan komunikasi dan lain-lain sehingga menyebabkan terlambat membeli dan tidak sempat menjual semula sebelum harga turun semula dangan banyak.
L) Jika hendak membuat keputusan untuk menjual saham...ini bukan satu kesalahan...yang perlu diingat ialah usaha atau kesabaran menunggu saham naik untuk membolehkan menjual saham pada harga yang lebih tinggi dan memaksimumkan untung...janganlah menjadi seorang pelabur yang tamak haloba....Apa yang penting kita perlu meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan....daripada hasil jualantersebut..
Selain harga terendah dan tertinggi dalam satu minggu, perlu juga mengumpul maklumat tentang urus niaga harian. Ini dilaporkan pada setiap hari diruang aktiviti pasaran untuk hari sebelumnya...........
Satu perkongsian serta nasihat yang sangat baik. Saya sangat berharap abangRM dapat menghubungi saya utk perkongsian seterusnya. Terima kasih. No phone saya 019-9316967 Shamsul
BalasPadam