Sabtu, 8 Januari 2011

Saham Spekulatif

Spekulasi adalah biasa dalam pasaran saham kerana indeks saham adalah petunjuk utama (leading indicator). Biasanya pasaran akan naik atau jatuh terlebih dahulu kemudian akan di ikuti oleh kejatuhan ekonomi dalam masa antara 6 bulan hingga 9 bulan. S



Spekulasi merujuk kepada jangkaan terhadap sesuatu yang ramalan keuntungan/ kerugian akan menyebabkan harga2 saham naik ataupun jatuh. Spekulasi tahap sederhana adalah biasa bagi mana2 pasaran saham.



Namun spekulasi tahap melampau perlu di kenal pasti oleh para pelabur saham kerana keuntungan segera mungkin boleh diperolehi tetapi kerugian yang amat besar juga bakal menanti.



Contoh spekulasi tahap melampau ialah ketika teknologi boom pada tahun 2000. Di mana harga2 saham sektor teknologi naik mendadak tahap asas yang kukuh. MPI telah meningkat kepada RM57 dalam masa 1 tahun daripada harga RM7 sahaja. Unisem juga mencatat RM33 daripada harga yang biasa berada antara RM3 hingga RM5.



Kenaikan tersebut tidak di dorong oleh satu asas yang kukuh maka selepas 1 tahun harga2 saham sektor teknologi jatuh merudum dan tidak lagi mencecah paras tertinggi walaupun hampir 9 tahun berlalu. Jika ada yang membeli pada harga RM50 saham MPI dan belum menjualnya. Maknanya, terpaksa lah dia menunggu entah sampai bila harga2 saham terbabit akan naik semula.



Jika spekulasi berlaku ke atas industri atau sektor2 tertentu, spekulasi melampau juga terjadi kepada syarikat2 tertentu. Memang Bursa akan mengeluarkan kenyataan atau peringatan kepada pelabur dan surat pernyataan kepada syarikat yang mana saham naik mendadak.



Namun, peringatan tersebut kadang2 agak terlewat. Sebagai pelabur, kita perlu berwaspada, sedar tentang risiko bila melabur di dalam sesuatu saham syarikat.



Spekulasi saham boleh terjadi biasanya kepada syarikat2 yang biasanya tidak mencatat keuntungan, rugi untuk beberapa tahun. Tanpa sebarang perkembangan, tetiba saham syarikat mereka mendadak naik di ikuti oleh jumlah urusniaga yang besar.



Walaupun, ini adalah salah dan jika di dapati bersalah akan di dakwa di Mahkamah tetapi prosesnya mengambil masa yang panjang dan kadang2 sukar di buktikan kerana sindiket spekulasi bergerak secara licik.



Untuk mengelak daripada melabur dalam saham yang dispekulasikan oleh sindiket.



i. Pastikan melabur dalam saham yang mencatat keuntungan. Mempunyai trek rekod dalam perniagaan.



ii. Mempunyai jumlah “floating shares” maknanya saham yang berada di tangan awam atau pelabur institusi yang tinggi. Syarat syarikat senaraian awam ialah 25% saham mesti berada di tangan pelabur awam, jika kurang daripada itu, maka saham tersebut akan digantung.



iii. Cuba elak melibatkan diri dalam saham di pasaran ACE kecuali syarikat tersebut betul2 kukuh ataupun antara pemegang saham syarikat adalah pelabur institusi yang berkaliber seperti EPF, PNB. Di pasaran ACE, sebahagian besar saham2 biasanya di bawah kawalan pemilik individu.



iv. Jumlah urusniaga meningkat secara mendadak tanpa ada sebarang perkembangan korporat yang jelas.



Walaupun spekulasi bagus untuk pasaran saham tetapi sebagai pelabur runcit spekulasi yang melampau perlu di elakkan kerana boleh menyebabkan pelabur tersebut kerugian besar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan