Sabtu, 8 Januari 2011

Saham Berwajaran Kecil

Saham berwajaran kecil biasanya merujuk kepada harga saham di bawah paras RM1.00

Namun, artikel ini ditulis untuk berkongsi pendapat tentang saham yang berwajaran kecil dibawah harga RM0.30.


Kelebihan

Ramai juga yang bertanyakan tentang pelaburan di dalam saham berwajaran kecil. Ini kerana pada pendapat mereka saham berwajaran kecil memerlukan modal yang kecil dan boleh menjana keuntungan dalam jangka singkat.


Biasanya keuntungan saham berwajaran kecil, ialah dengan membeli dengan jumlah yang besar. Contohnya pembelian saham pada harga 22 sen sebanyak 35 lots sudah membolehkan seseorang pelabur mendapat keuntungan dengan menjual pada harga 22.5 sen sahaja.


Risiko

Namun, saham berwajaran kecil juga datang dengan risiko yang amat amat amat besar kepada bakal pelabur yang tidak membuat sebarang semakan kedudukan sesebuah syarikat.

Biasanya saham menjadi murah kepada syarikat tersebut sedang mempunyai pelbagai masalah kewangan dan operasi syarikat.

Syarikat yang di klasifikasi sebagai PN17 untuk syarikat yang disenaraikan di pasaran utama dan GN3 untuk syarikat yang disenaraikan di pasaran ACE. Kedua2 kategori merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dan dalam penstrukturan kedudukan kewangan/operasi syarikat.

Disebabkan itu, syarikat tersebut diniagakan pada harga yang rendah. Penstrukturan ini dipaksa kerana jika tidak syarikat ini akan di nyah senaraikan dari Bursa Malaysia.

Keadaan kedua ialah syarikat tersebut belum di dalam kategori PN17 atau GN3 tetapi syarikat tersebut mengambil langkah penstrukturan kedudukan kewangan/operasi. Mereka mengambil langkah awal untuk menstruktur modal yang mana menjejaskan pemilikan unit saham oleh semua pelabur.


Keadaan ketiga dimana syarikat tersebut mengalami kerugian berterusan sepanjang operasi yang mana akan menjejaskan kedudukan kewangan/operasi syarikat. Ini menyebabkan harga diniagakan pada harga yang amat rendah.


Ada pelbagai faktor2 lain yang menyebabkan harga2 saham syarikat terbabit diniagakan pada harga yang murah.


Jalan Selamat


Sebelum melabur, para pelabur perlu membuat sedikit semakan tentang kedudukan kewangan/operasi syarikat melalui laporan tahunan/laporan sukuan yang dikeluarkan oleh syarikat.


Jika keuntungan mencatat kerugian ditambah dengan wujudnya persaingan di dalam industri di mana syarikat tersebut terlibat. Jalan selamat ialah jangan melabur di dalam saham tersebut.

Lihat kepada nisbah kecairan, nisbah hutang dan nisbah keuntungan berdasarkan jumlah aset dan aliran tunai syarikat.

Kenapa saya menasihatkan kita membeli saham berwajaran kecil yang mencatatkan keuntungan yang baik, jumlah urusniaga saham yang tinggi.

Ditakuti jika kita membeli saham terbabit pada harga yang tinggi, tiada apa yang dibimbangkan jika harganya jatuh dari aras yang dibeli berbanding dengan syarikat yang rugi. Dimana syarikat tersebut boleh bankrap pada bila2 masa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan