Sabtu, 8 Januari 2011

Kitaran Ekonomi dan Saham

Pasaran saham amat berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara. Bila sesuatu ekonomi tersebut berkembang maka pasaran saham juga akan meningkat naik.



Pasaran saham adalah petunjuk penting (leading indicator) kepada sesebuah ekonomi. Bila pasaran saham meningkat, maka 6 bulan hingga 9 bulan kemudian, ekonomi juga akan pulih.



Sebaliknya, bila pasaran saham menurun, maka 6 bulan hingga 9 bulan kemudian akan turut jatuh.



Pasaran saham mencecah tahap tertinggi iaitu 1,524 mata pada bulan Januari 2008 kemudian perlahan-lahan jatuh sebelum berlaku jualan panik pada Oktober 2008 sehingga mencecah aras 801 mata.



Pada tahun 2008, ekonomi yang di ukur mengunakan kadar keluaran kasar (GDP) masih merekodkan pertumbuhan positif cuma pada suku 4, 2009, GDP direkodkan sebanyak 0.1%.



Pasaran saham juga pulih selepas kejatuhan bermula pada Januari 2009, pasaran meningkat perlahan-lahan sehingga mencecah pada tahap 1,300 mata. Di antara Januari 2009 dan September 2009, pertumbuhan ekonomi ada negatif. Cuma merekodkan pertumbuhan positif pada suku 4, 2009.



Jadi pasaran saham adalah pentunjuk utama dalam menentukan ekonomi akan pulih atau sebagainya.



Kitaran



Ekonomi dan saham juga mengalami kitaran seperti kitaran kehidupan kita. Tidak susah sentiasa dan tidak senang setiap masa. Ada naik dan turun.



Biasanya, kitaran ekonomi ialah 7 tahun menaik dan 5 tahun dalam krisis. Itu tempoh yang biasa diramalkan.



Oleh itu, kejatuhan pasaran saham dan ekonomi pada tahun 2009 belum dikira berakhir kerana ia mengambil kira pelbagai faktor. Walaupun ekonomi mungkin mencatatkan pertumbuhan positif dan pasaran saham melonjak naik.



Semasa krisis ekonomi pada tahun 1997, krisis tersebut dikira berakhir pada tahun 2001 di mana berlaku kejatuhan besar pada tahun tersebut disebabkan oleh sektor teknologi.



Bermula daripada tahun 2001, ekonomi dikira kembali mantap dan memacu pertumbuhan sebelum krisis berlaku lagi sekali pada tahun 2008.



Oleh itu, kejatuhan dalam pasaran mungkin boleh berlaku pada bila2 masa. Tambahan, semenjak kenaikan pada Januari 2009, belum ada lagi pembetulan teknikal yang betul2 sihat.



Di dalam pasaran yang sihat, setiap kenaikan mesti diikuti oleh pembetulan teknikal. Sebelum lonjakan indeks ke aras berikutnya. Contohnya, indeks meningkat sebanyak 50 mata daripada 1220 mata kepada 1270 mata. Pasaran yang sihat akan jatuh ke aras 1250 mata sebelum melonjak ke aras 1,300 mata.



Namun, tiada pembetulan tersebut setakat ini yang mana saya jangka jika berlaku pembetulan, mesti akan berlaku dengan besar.



Mungkin juga tidak berlaku dalam jangka masa terdekat kerana ekonomi menunjukkan pemulihan yang amat memberangsangkan di mana suku 4, 2009, pertumbuhan ekonomi ialah 4.7%. Biasanya, pertumbuhan pada suku 1, 2010 akan lebih tinggi.



Ini akan menghalang berlakunya pembetulan teknikal secara besar2an buat masa ini tetapi pelabur mestilah sentiasa berhati2 dengan keadaan semasa.



Pada masa yang sama, krisis yang berikutnya pasti akan berlaku di antara tahun 2017 dan 2018. Sampai bertemu dengan tahun tersebut, simpanlah tunai kerana tunai adalah raja semasa ekonomi krisis dan peluang untuk buat keuntungan ialah ketika orang panik menjual saham.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan