Jumaat, 13 Ogos 2010

Pusat data terbesar Malaysia

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah memeterai perjanjian dengan CSF Group Plc (CSF) untuk membangunkan sebuah pusat data terbaharu CX5 di Malaysia.



Pusat yang berkeluasan 201,000 kaki persegi itu, bakal menjadi pusat data bebas terbesar negara, demikian menurut laporan agensi asing yang dipetik di sini.



Perjanjian itu turut membabitkan sebuah lagi syarikat lain iaitu Integrated DC Builders Sdn. Bhd. (IDCB).



Di bawah perjanjian itu, CSF akan menyewa dan mengendalikan kemudahan yang akan dibina di atas tanah milik PNB dipercayai di Cyberjaya, di sini.



CSF merupakan syarikat yang terlibat dalam mereka, membangun dan mengendalikan pusat data berkenaan.



Kumpulan pakatan itu dijangka memperoleh pendapatan dan perundingan teguh bagi tahun ketiga kewangan masing-masing.



Sementara itu, PNB yang merupakan pemilik tanah, dilaporkan akan menyediakan kawasan seluas empat hektar bagi pembinaan pusat tersebut.



IDCB pula dilantik sebagai pemilik tanah dipertanggungjawab mereka, membina, menyiap dan menguruskan CX5 tetapi dibantu oleh kumpulan tersebut.



Di dalam perjanjian tersebut, kumpulan itu akan menyewa beberapa blok daripada PNB bagi tempoh 10 tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya selama 15 tahun.



Kumpulan itu turut mempunyai hak eksklusif untuk mendapatkan penyewa bagi pusat data, tertakluk kepada terma perjanjian.



Apabila setiap kelak, kumpulan itu akan mengendalikan keseluruhan kemudahan CX5 dan memilikinya secara pajakan daripada PNB dengan cara yang sama seperti mana dilakukan untuk CX1 dan CX2.



Sementara, PNB gagal untuk dihubung bagi mendapat penjelasan lanjut tentang projek terbaharunya. - Agensi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan