Isnin, 8 Februari 2010

AMMB catat untung RM1.07 bilion

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Keuntungan sebelum cukai AMMB Holdings Bhd. meningkat kepada RM1.07 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2009, peningkatan 13.1 peratus berbanding RM944.280 juta sebelumnya.

Perolehan meningkat kepada RM4.905 bilion berbanding RM4.423 bilion sebelumnya, kata AMMB kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Keuntungan kumpulan itu adalah hasil daripada perolehan yang meningkat 23.8 peratus dan pertumbuhan pinjaman bersih yang lebih baik berbanding jangkakan sebanyak 14.1 peratus tahun ke tahun, yang sebahagian besarnya hasil daripada pertumbuhan positif sambungan pinjaman kewangan dan pinjaman bersindiket," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusannya, Cheah Tek Kuang.

Mengenai unjuran ekonomi dan industri, beliau berkata: "Apabila kami melihat 2010, kami mendapat rangsangan hasil daripada keyakinan dunia untuk melihat ekonomi global pulih.

"Bagaimanapun, berdasarkan pergantungan kepada perdagangan dan eksport, kami menjangkakan proses pemulihan di Malaysia akan berlaku secara beransur-ansur."

Sektor kewangan kekal stabil, mendapat manfaat menerusi dasar kewangan berhemat, rangsangan fiskal dan pemantauan yang lebih ketat oleh bank pusat.

Pertumbuhan dalam pinjaman dan aset berwajaran risiko bertambah baik hasil daripada perbelanjaan kerajaan, prospek pemulihan global serta penggunaan swasta yang lebih positif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan