Jumaat, 22 Januari 2010

FBM KLCI kekal 1,300 mata

KUALA LUMPUR 22 Jan - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit daripada paras terendahnya hari ini, dirangsang oleh belian berpilih selepas sentimen dijejaskan oleh kerugian semalaman di Wall Street"s.

Pada pukul 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) merosot 7.91 mata kepada 1,300.45.Ia dibuka 4.93 mata lebih rendah pada 1,303.43 dan selepas itu bergerak antara 1,296.44 dan 1,303.43.

Indeks Kewangan Bursa Malaysia lebih rendah 65.64 mata kepada 11,415.49, Indeks Perusahaan berkurangan 12.44 mata kepada 2,700.9 dan Indeks Perladangan merosot 23.79 mata kepada 6,439.72.

Indeks FBM Emas turun 48.64 mata kepada 8,750.0, Indeks FBM Ace susut 40.45 mata kepada 4,495.21 dan Indeks FBM70 merosot 35.12 mata kepada 8,554.95.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 531 berbalas 245 sementara 230 kaunter kekal tidak berubah dan 305 yang lain tidak diniagakanJumlah dagangan berkurangan kepada 1.008 bilion saham bernilai RM1.381 bilion daripada 1.065 bilion saham bernilai RM1.378 bilion semalam.

Di kalangan saham aktif, Ariantec turun dua sen kepada tujun sen, Talam tidak berubah pada 11.5 sen dan KNM Group susut 1.5 sen kepada 76.5 sen.

Untuk saham berwajaran tinggi, Sime Darby lebih rendah empat sen kepada RM8.90, Maybank susut tujuh sen kepada RM6.91, CIMB merosot 16 sen kepada RM13.34, Maxis kekal pada RM5.40 dan Tenaga Nasional turun satu sen kepada RM8.17.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 805.689 juta saham bernilai RM1.344 bilion daripada 849.253 juta saham bernilai RM1.326 bilion.

Pasaran Ace mengukuh kepada 147.192 juta saham bernilai RM23.926 juta daripada 93.204 juta saham bernilai RM21.785.

Waran pula berkurangan kepada 45.605 juta unit bernilai RM10.708 juta daripada jumlah dagangan semalam iaitu 116.189 juta unit bernilai RM28.219 juta.

Produk pengguna menguasai 49.116 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 197.914 juta, pembinaan 49.46 juta, urus niaga dan perkhidmatan 231.884 juta, teknologi 64.408 juta, infrastruktur 7.738 juta, kewangan 72.328 juta, perhotelan 3.257 juta, hartanah 107.000 juta, perladangan 20.525 juta, perlombongan 40,000, REIT 1.869 juga dan dana tertutup 144,000.

- Bernama

1 ulasan:

  1. Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    BalasPadam