Biasanya pelabur mahu disanjung atas kejayaan dalam pelaburan dan tidak rela bertanggunjawab atas kerugian yang mereka alami. Oleh sebab itu, pelabur yang overconfident cenderung untuk mendedahkan dirinya kepada terlampau banyak risiko berbanding tahap yang mampu ditampungnya. Kebiasaannya, pelabur yang bersifat overconfident selalunya akan berurusniaga secara keterlaluan, dan ini akan menambahkan lagi ketidaktentuan dalam pasaran saham.
Overconfident tidak dapat menjadikan seseorang pelabur itu kaya raya dalam pelaburan, tetapi dalam proses untuk menjadi kaya raya, mereka menjadi terlalu overconfident! Jika pelabur yang bersifat overconfident berjaya dalam sesuatu urusniaga, selalunya ia disebabkan oleh nasib dan bukan disebabkan oleh skil pelaburannya. Dan jika pelabur overconfident ini menggunakan skil "nasib" mereka dan tiba-tiba pasaran berubah, mereka akan terjerumus ke dalam situasi yang sukar untuk mereka melepaskan diri dan seterusnya membawa kepada hasil pelaburan yang berkemungkinan gagal dengan teruk!
Orang kebanyakkan yang ingin melabur dan menjadi pelabur selalunya berurusniaga disebabkan oleh keyakinan yang mereka mempunyai maklumat yang boleh digunakan untuk menghasilkan keuntungan dalam sesuatu urusniaga. Tetapi apa yang mereka ada hanya "noise" atau maklumat sampingan yang dirasakan sebagai "hot tips". Mereka berurusniaga kerana dirasakan yang tindakan mereka itu boleh mendatangkan rasa bangga. Rasa bangga jika urusniaga mereka mengena. Tetapi bila apa yang diharapkan tidak tercapai, iaitu kerugian, rasa penyesalan akan timbul serta merta.
Rasa pedih apabila kerugian merupakan perasaan yang paling sukar untuk diterima berbanding sebaliknya, iaitu apabila dalam keuntungan selepas sesuatu urusniaga saham. Selalunya pelabur seboleh-bolehnya tidak mahu merasakan kepedihan menanggung rugi, dengan menjerumuskan dirinya ke dalam rosiko yang lebih tinggi lagi, dengan harapan bahawa dengan pengambilan risiko yang tinggi itu dapat membawa keuntungan padanya dan seterusnya mengelakkan dirinya daripada menanggung kerugian awal.
Bila pelabur merasakan dirinya pasti berada dalam keuntungan, dia merasakan yang dipatut meminimumkan risiko yang dihadapinya dengan menjual sahamnya awal-awal lagi. Dan bila pelabur merasakan dirinya dalam kerugian yang pasti, dia akan menjadi risk-taker dengan sewenang-wenangnya tanpa berfikir panjang.
Melihat dengan objektif keuntungan-keuntungan yang telah diperolehi memang mudah. Taetapi kebanyakkan orang langsung tidak memandang apatah lagi menganalisa kerugian-kerugian yang mereka telah buat.
Analisa yang dibuat terhadap tiap satu urusniaga merupakan satu alat yang paling berguna bagi setiap pelabur. Jangan takut untuk melihat kembali kesilapan-kesilapan yang telah anda buat yang membawa kerugian kepada anda. Walau seteruk mana sekalipun. Kesilapan yang terbesar adalah masih meneruskan sifat overconfident dalam setiap proses pelaburan dan membuat kesilapan-kesilapan yang sama berulang-ulang kali!
Analisa kembali setiap satu urusniaga saham anda dan lihat apa tindakan yang membuatkan anda memperoleh keuntungan dan apa tindakan yang mendatangkan kerugian kepada anda. Bila anda melihat kembali kesilapan yang anda buat, cari pattern atau kesilapan-kesilapan yang selalu anda lakukan yang anda tidak perasan yang anda sedang lakukan ketika itu. Kemudian tulis nota tentang kesilapan tersebut dan setkan rulees/peraturan untuk anda ikuti yang dapat mengelakkan kesilapan itu daripada berulang kembali.
Perlu diingat, mengakui dan mempelajari segala kesilapan yang telah anda lakukan adalah satu proses yang tepat dan terbaik untuk anda menjadi seorang pelabur yang lebih berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan