Jumaat, 20 November 2009

Belian di kaunter mewah terpilih gagal menaikkan sentimen pasaran

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah secara menyeluruh semalam apabila belian di kaunter mewah terpilih gagal menaikkan sentimen pasaran dan pelabur memilih untuk tidak memasuki pasaran menjelang hujung minggu.


Pada penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,274.36. Ia dibuka 0.99 mata lebih rendah pada 1,275.66.



Indeks FBM Emas Index susut 17.46 mata kepada 8,504.86, FBM Top 100 turun 16.31 mata kepada 8,310.7 dan FBM 70 susut 21.54 mata kepada 8,237.32. FBM ACE menokok 49.02 mata kepada 4,436.62.


Indeks Perusahaan pula, turun 2.69 mata kepada 2,685.86, Indeks Perladangan susut 29.99 mata kepada 6,220.55 dan Indeks Kewangan turun 17.851 mata kepada 11,005.14.


Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 368 berbanding 273 manakala 259 kaunter tidak berubah dan 375 tidak diniagakan.


Jumlah dagangan berkurangan kepada 858.320 juta saham bernilai RM1.254 bilion berbanding 1.351 bilion saham bernilai RM2.685 bilion, kelmarin.


Kaunter aktif, Scomi Group-Loan Rights menokok setengah sen kepada dua sen, Maxis turun lima sen kepada RM5.37 dan Affin Warrants menambah 3.5 sen kepada 28.5 sen.


Saham berwajaran tinggi, Sime Darby susut lima sen kepada RM8.95, Maybank meningkat satu sen kepada RM6.95, manakala CIMB Group dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM13.00 dan RM10.98, manakala Tenaga Nasional susut tiga sen kepada RM8.44.


Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 649.320 juta saham bernilai RM1.212 bilion berbanding 995.030 juta saham bernilai RM2.648 bilion, kelmarin.


Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 101.326 juta saham bernilai RM23.663 juta berbanding 104.681 juta saham bernilai RM27.169 juta sebelumnya.


Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 15.569 juta unit bernilai RM3.681 juta berbanding 17.559 juta unit bernilai RM3.535 juta sebelumnya.


Barangan pengguna menyumbang sebanyak 46.299 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 102.875 juta, pembinaan 28.018 juta, perdagangan dan perkhidmatan 235.944 juta, teknologi 61.812 juta, infrastruktur 87.199 juta, kewangan 103.920 juta, hotel 1.255 juta, hartanah 35.30 juta, perladangan 24.045 juta, perlombongan tiada, REIT 1.06 juta dan dana tertutup 58,800. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan