Sabtu, 8 Januari 2011

Kesan kenaikan BLR ke atas pinjaman

Base Lending Rate (BLR) ataupun nama lain ialah kadar pinjaman asas. Kadar ini adalah petunjuk kepada bank dalam menentukan kadar faedah yang akan dikenakan ke atas para peminjam.



Bank Negara telah menaikkan kadar Overnight Policy Rate (OPR) daripada 2% kepada 2.25%. sekaligus meningkatkan kadar pinjaman asas (BLR) daripada 5.55% kepada 5.8%.



Bank Negara juga memberi isyarat bahawa kadar OPR akan terus dinaikkan pada kadar tertentu untuk mengekang kenaikan inflasi. Inflasi pada bulan Februari telah meningkat melebihi jangkaan semasa oleh penganalisa ekonomi.



Kesan ke atas peminjam



Ada 3 situasi atau perjanjian di antara peminjam dan bank



Situasi pertama ialah kenaikan dan penurunan kadar pinjaman asas menyebabkan pertambahan pembayaran oleh peminjam kepada bank setiap bulan. Ini bermakna, jika peminjam membayar RM1,000 setiap bulan pada kadar pinjaman asas ialah 5.55%, bila kadar BLR meningkat maka kadar bayaran bulanan akan meningkat contohnya kepada RM1,100 sebulan.



Manakala situasi kedua, bayaran bulanan peminjam tidak meningkat walaupun berlaku kenaikan kadar pinjaman asas. Ini kerana semasa ada klausa yang menyatakan begitu. Memanglah peminjam membayar pada kadar yang sama ketika peningkatan kadar pinjaman asas tetapi perlu di ingat, pihak bank tetap akan menuntut bayaran faedah tersebut.



Tuntutan tersebut di mana jika tempoh pinjaman ialah 300 bulan dengan kadar pinjaman asas 5.55% tetapi jika kadar tersebut meningkat kepada 5.8%. Jika peminjam terus membayar kadar yang sama, maka tempoh pinjaman peminjam akan melebihi 300 bulan. Maknanya, pinjaman tidak dapat dijelaskan dalam tempoh yang telah dipersetujui.



Situasi lain ialah membenarkan peminjam membuat bayaran pada akhir tempoh pinjaman yang mana peminjam boleh membayar ansuran bulanan yang sedikit setiap bulan. Oleh itu, kenaikan kadar pinjaman asas tidak memberikan kesan yang banyak kepada peminjam.



Oleh itu, peminjam yang mana kadar ansuran tetap bila kadar pinjaman asas di naikkan di nasihatkan untuk membuat bayaran lebih setiap bulan supaya tempoh pinjaman kekal seperti sediakala.



Apapun, para peminjam wajar mendapatkan nasihat daripada pihak bank tentang terma dan syarat perjanjian pinjaman.



Kebanyakkan kadar faedah ditentukan melalui kadar pinjaman asas ditolak beberapa peratus (contohnya BLR 5.8% minus 1.5%). Walaupun di tolak beberapa peratus, setiap kali berlaku kenaikan BLR maka ansuran bulanan juga akan meningkat.



Kesan Peningkatan Ringgit

Apakah kesan peningkatan kadar tukaran ringgit berbanding dengan USD dan juga matawang asing?



Peningkatan tersebut disebabkan oleh beberapa perkara iaitu kenaikan kadar faedah. Peningkatan kadar faedah menyebabkan pelabur asing memasuki pasaran Malaysia dengan menyimpan di dalam akaun simpanan tetap, membeli bon dan memasuki pasaran saham.



Kemasukan ini disebabkan oleh kebanyakkan negara di dunia masih mengekalkan kadar faedah yang terlalu rendah. Oleh itu, para pelabur asing mencari negara2 yang menunjukkan kadar pemulihan ekonomi dan juga peningkatan kadar faedah.



Bila mereka memasuki pasaran Malaysia, mereka mesti menukar wang mereka ke dalam bentuk ringgit. Ini menyebabkan kadar tukaran ringgit meningkat.


Kenaikan kadar tukaran ringgit akan memberikan kesan kepada pelbagai sektor di dalam sesebuah negara. Untuk syarikat yang terlibat dalam import barangan. Kenaikan kadar tukaran wang akan memberi kesan positif kepada pendapatan dan keuntungan syarikat.



Manakala syarikat pengeskport akan mengalami kesan negatif dimana barang terpaksa dijual pada harga yang lebih tinggi. Jika pembeli mempunyai alternatif, ini akan memberi kesan buruk kepada pendapatan dan keuntungan.



Kesan positif dan negatif kepada syarikat akan mempengaruhi saham syarikat2 terbabit. Oleh itu, para pelabur mesti sedar di dalam syarikat mana mereka melaburkan wang tersebut.



Walaupun begitu, ini hanyalah salah satu faktor daripada puluhan faktor yang menyebabkan harga2 saham jatuh dan naik setiap hari.



TIP: untuk para pelabur:

1. Melaburlah dalam saham yang mempunyai prospek yang baik seperti dalam 2010 (Industri besi, glove, power, consumer, telekomunikasi)






2) Lihatlah pasaran dunia kerana malaysia biasanya akan mengikut jejak langkah mereka. Saham dunia jatuh dan kita juga akan jatuh






3) Pilih lah syarikat yang menjana keuntungan dan elakkan syarikat yang rugi (boleh check annual report atau pengumuman syarikat di laman web Bursa Malaysia)






4) Jika mahu sangat ikut teknikal analisis.. biasanya dalam keadaan “bullish” = pasaran menaik, bullish mode biasanya 5 hari hingga ke 7 hari di ikuti “correction”= pembetulan teknikal selama 1 hari ke 3 hari kemudian index akan menaik… jika pasaran merudum=”bearish” .. index akan jatuh di antara 5 ke 7 hari dan diikuti dengan pembetulan teknikal (tecnical rebound) sebelum pasaran meneruskan pasaran menurun…


P/S: Apapun melaburlah dengan kefahaman tentang perniagaan syarikat dan prospeknya bukan berdasarkan sentimen dan tanpa ilmu

Saham Spekulatif

Spekulasi adalah biasa dalam pasaran saham kerana indeks saham adalah petunjuk utama (leading indicator). Biasanya pasaran akan naik atau jatuh terlebih dahulu kemudian akan di ikuti oleh kejatuhan ekonomi dalam masa antara 6 bulan hingga 9 bulan. S



Spekulasi merujuk kepada jangkaan terhadap sesuatu yang ramalan keuntungan/ kerugian akan menyebabkan harga2 saham naik ataupun jatuh. Spekulasi tahap sederhana adalah biasa bagi mana2 pasaran saham.



Namun spekulasi tahap melampau perlu di kenal pasti oleh para pelabur saham kerana keuntungan segera mungkin boleh diperolehi tetapi kerugian yang amat besar juga bakal menanti.



Contoh spekulasi tahap melampau ialah ketika teknologi boom pada tahun 2000. Di mana harga2 saham sektor teknologi naik mendadak tahap asas yang kukuh. MPI telah meningkat kepada RM57 dalam masa 1 tahun daripada harga RM7 sahaja. Unisem juga mencatat RM33 daripada harga yang biasa berada antara RM3 hingga RM5.



Kenaikan tersebut tidak di dorong oleh satu asas yang kukuh maka selepas 1 tahun harga2 saham sektor teknologi jatuh merudum dan tidak lagi mencecah paras tertinggi walaupun hampir 9 tahun berlalu. Jika ada yang membeli pada harga RM50 saham MPI dan belum menjualnya. Maknanya, terpaksa lah dia menunggu entah sampai bila harga2 saham terbabit akan naik semula.



Jika spekulasi berlaku ke atas industri atau sektor2 tertentu, spekulasi melampau juga terjadi kepada syarikat2 tertentu. Memang Bursa akan mengeluarkan kenyataan atau peringatan kepada pelabur dan surat pernyataan kepada syarikat yang mana saham naik mendadak.



Namun, peringatan tersebut kadang2 agak terlewat. Sebagai pelabur, kita perlu berwaspada, sedar tentang risiko bila melabur di dalam sesuatu saham syarikat.



Spekulasi saham boleh terjadi biasanya kepada syarikat2 yang biasanya tidak mencatat keuntungan, rugi untuk beberapa tahun. Tanpa sebarang perkembangan, tetiba saham syarikat mereka mendadak naik di ikuti oleh jumlah urusniaga yang besar.



Walaupun, ini adalah salah dan jika di dapati bersalah akan di dakwa di Mahkamah tetapi prosesnya mengambil masa yang panjang dan kadang2 sukar di buktikan kerana sindiket spekulasi bergerak secara licik.



Untuk mengelak daripada melabur dalam saham yang dispekulasikan oleh sindiket.



i. Pastikan melabur dalam saham yang mencatat keuntungan. Mempunyai trek rekod dalam perniagaan.



ii. Mempunyai jumlah “floating shares” maknanya saham yang berada di tangan awam atau pelabur institusi yang tinggi. Syarat syarikat senaraian awam ialah 25% saham mesti berada di tangan pelabur awam, jika kurang daripada itu, maka saham tersebut akan digantung.



iii. Cuba elak melibatkan diri dalam saham di pasaran ACE kecuali syarikat tersebut betul2 kukuh ataupun antara pemegang saham syarikat adalah pelabur institusi yang berkaliber seperti EPF, PNB. Di pasaran ACE, sebahagian besar saham2 biasanya di bawah kawalan pemilik individu.



iv. Jumlah urusniaga meningkat secara mendadak tanpa ada sebarang perkembangan korporat yang jelas.



Walaupun spekulasi bagus untuk pasaran saham tetapi sebagai pelabur runcit spekulasi yang melampau perlu di elakkan kerana boleh menyebabkan pelabur tersebut kerugian besar.



Kerajaan pantau aliran dana asing

KERAJAAN sedang memantau rapat aliran masuk besar-besaran dana asing khususnya ke pasaran saham tempatan, justeru menyaksikan Bursa Malaysia terus merekodkan paras tertinggi dalam sejarah sejak awal tahun ini.



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim, berkata kerajaan kini memantau urus niaga kewangan khususnya transaksi tepat masa dalam talian. “Kita boleh memantau kemasukan ini kerana aliran dana itu perlu melalui bank pelaburan tempatan sebelum memasuki pasaran. “Bank berkenaan pula bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia mengenai pengaliran masuk itu,” katanya selepas melancarkan Mall Digital Maya di Kuala Lumpur, semalam.



Beliau berkata, negara mengamalkan dasar ekonomi bebas dan kerajaan tidak boleh mengawal pengaliran keluar atau pengaliran masuk dana.



Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan sedang mengambil pendekatan memujuk dana berkenaan supaya terus kekal di negara ini buat seketika sebelum keluar semula.



“Jika kita tahu mana-mana dana besar yang mengalir masuk ke negara ini, kita boleh berbincang dengan pengurus dana dan memperkenal Malaysia sebagai negara unggul untuk menempatkan wang mereka bagi jangka panjang tetapi masih boleh meningkatkan portfolio dan keuntungan mereka.

“Buat masa ini, dengan keadaan mudah tunai dalam pasaran tempatan, kita cukup kukuh untuk bertahan daripada sebarang keadaan yang tidak dijangkakan,” katanya.

Lim berkata, Bank Negara juga bekerjasama rapat dengan bank pusat lain di rantau ini dalam menguruskan dan menangani isu aliran masuk wang panas ke rantau ini. – BERNAMA

Maybank ambil alih firma broker saham Singapura

MALAYSIA dijangka menyaksikan satu lagi pusingan aktiviti penggabungan mega di kalangan institusi kewangan pada tahun ini dimulai dengan cadangan pengambilalihan firma broker saham Singapura, Kim Eng oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) semalam.



Langkah berkenaan juga selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah mewujudkan peserta kewangan serantau yang lebih kukuh. Penganalisis Kanan HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd, Lim Sue Lin, berkata langkah awal Maybank itu memberi petunjuk akan berlaku lebih banyak penggabungan dan pengambilalihan (M&A) khususnya di kalangan institusi kewangan dan perbankan yang lebih besar. “Berdasarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ideanya adalah mewujudkan jaguh serantau dan dalam perkara ini, ia sebenarnya petanda berlakunya satu lagi pusingan M&A,” katanya pada taklimat media mengenai Tinjauan Masa Depan Strategi Pasaran dan Sektor Perbankan bagi 2011 di Kuala Lumpur, semalam.



Beliau berkata, antara sasaran utama M&A kali ini adalah firma broker saham memandangkan bank kini cuba memenuhi sebarang jurang dan melengkapkan operasi serta perkhidmatan masing-masing.



“RHB Capital Bhd, bank keempat terbesar di Malaysia adalah calon terbaik untuk dipertimbang pada masa ini.



“Seandainya penggabungan antara Hong Leong Bank dan EON Cap berjaya, RHB Capital akan menjadi bank kelima terbesar,” katanya.

Ditanya mengenai calon utama berminat mengambil alih RHB Capital, Sue Lin berkata: “Tekaan saya, CIMB Group.” – BERNAMA