Ahad, 24 Januari 2010

Syarikat Asing Boleh Mengeluarkan Kereta Mewah Di Dalam Negara, AP Dihapuskan Menjelang 2015

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Syarikat asing akan diberi lesen pengeluaran untuk memegang ekuiti 100 peratus di dalam syarikat yang mengeluarkan kenderaan mewah dengan kapasiti enjin lebih 1,800 cc dan berharga lebih RM150,000 manakala sistem Permit Kelulusan (AP) akan dihapuskan pada 2015 di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) yang diumumkan pada Rabu.

Kajian semula yang diumumkan oleh Menteri perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed itu menyatakan duti import kesemua kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD) akan diteruskan.

Insentif dan pengecualian akan ditingkatkan untuk membangunkan alat ganti automotif tempatan supaya tiada lagi alat ganti yang diimport di dalam tempoh 18 bulan akan datang, satu langkah yang akan menghapuskan alat ganti yang diimport dan yang telah digunakan.

Kenderaan yang berusia 15 tahun dan ke atas pula perlu menjalani ujian mandatori bagi memastikan ia boleh digunakan di atas jalan raya tetapi peruntukan akan disediakan bagi kereta "vintage", katanya kepada pemberita bagi mengumumkan kajian semula NAP itu.

Katanya kajian semula itu dilakukan selepas melakukan perbincangan yang rapi dengan peserta industri, yang termasuk pengeluar, pembuat alat ganti, pertubuhan bukan kerajaan serta persatuan kereta.

Mustapa berkata terdapat 18 dasar dan langkah baharu yang meliputi pelesenan, duti, insentif, teknologi dan alam sekitar, keselamatan dan standard serta AP, yang diperkenalkan dalam kajian semula NAP itu.

Dasar dan langkah baharu itu berkuat kuasa 1 Jan, 2010.

Menerusi langkah baharu itu, usaha sama strategik antara Proton dan Pembuat Perkakasan Asal (OEM), akan diwujudkan.

Proton kini dalam perbincangan untuk mewujudkan usaha sama strategik itu dengan rakan antarabangsa.

"Sehingga ini, Proton belum menemui rakan usaha sama strategik," katanya.

Mengulas lanjut mengenai AP, beliau berkata sistem AP bagi import kenderaan CBU akan ditamatkan, manakala AP terbuka untuk kenderaan terpakai pula ditamatkan pada 31 Dis, 2015, yang bermakna import kenderaan terpakai tidak lagi dibenarkan selepas 2015.

"Tiada permohonan baharu untuk AP terpakai akan ditimbangkan, dan francais akan ditamatkan pada 31 Dis, 2020," katanya.

Mustapa berkata dalam usaha berterusan bagi membantu usahawan Bumiputera dalam industri automotif, Dana Pembangunan untuk Bumiputera juga akan diwujudkan.

Selain itu, beliau berkata bayaran RM10,000 bagi setiap AP terbuka akan diperkenalkan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010 minggu lepas berbanding status semasa dengan AP dikeluarkan secara percuma.

Satu dana akan diwujudkan bagi membantu syarikat-syarikat Bumiputera meneroka sektor automotof dan perniagaan lain yang berkaitan, katanya.

Beliau berkata kerajaan akan memperkenal satu mekanisme untuk menghalang import alat dan komponen terpakai berkuat kuasa pada Jun 2011.

Pada masa ini, import alat dan komponen baharu dan terpakai dibenarkan tanpa sekatan, yang mungkin dalam beberapa kes, menjejaskan keselamatan dan alam sekitar, katanya.

Satu langkah baharu dalam kajian semula NAP itu ialah penyediaan harga rizab kenderaan motor CBU import terpakai oleh Jabatan Kastam, satu usaha bagi menghentikan kereta terpakai import yang menyelahgunakan sistem AP dengan diisytiharkan di bawah harga sebenar.

Pada masa ini hanya kenderaan motor CBU import baharu sahaja yang dirizabkan untuk tujuan kompilasi duti, katanya.

Mustapa juga berkata kajian semula itu bagaimanapun mengekalkan pembekuan ke atas lesen-lesen pengilangan (ML) untuk aktiviti pemasangan semula.

"Pada masa ini, ML baharu untuk tujuan itu dibekukan," katanya.

Beliau berkata tiada syarat ekuiti dikenakan ke atas ML baharu dalam kajian semula NAP.

Bagaimanapun, kajian semula itu mengekalkan dasar semasa mengenai pemasangan kontrak untuk menggunakan kapasiti lebihan sedia ada.


Mustapa berkata pembekuan lesen ML baharu akan dibuka bagi segmen terpilih, termasuk kenderaan hibrid dan elektrik, trak pikap, kenderaan komersil dan motosikal dengan kapasiti enjin 200cc dan ke atas.

Mengenai kadar duti import dan eksais semasa yang dikekalkan, beliau berkata duti eksais bagi kenderaan CBU dan CKD berasaskan kapasiti enjin ialah antara 75 dan 105 peratus bagi kereta penumpang, 60-105 peratus bagi kenderaan dan van pelbagai guna, 65-105 peratus bagi kenderaan pacuan empat roda dan 20-30 peratus bagi motosikal.-- BERNAMA

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA ASLI

Dari hasil Kajian saintifik dan penyelidikan yang dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids, memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut:-

Kecantikan luaran:

§ Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat , telinga benanah, serta resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain

§ Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolic

§ Digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai lemak-lemak dieter yan lain

§ Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus

§ Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis

§ Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kepada kulit anda.

§ Mengurangkan masalah rambut gugur dan klimumur.

Kesihatan dalaman:

§ Meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental ( atlit sukan US & Eropa banyak menggunakannya)

§ Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak

§ Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis

§ Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid

§ Mengurangkan kesakitan masalah pencernaan dan cystic fibrosis

§ Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis

§ Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah

§ Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi

Meningkatkan daya tahan tubuh:

§ Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kaser payudara, kanser colon dan kanser

§ Berfungsi sebagai antioksidan serta mengurangkan radang kronis

§ Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif

§ Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign prostatic hyperplasia(pembesaran prostate)

§ Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih

§ Membantu mencegah sakit lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain Membunuh virus, bakteria dan kulat.

§ Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes

§ Membunuh bakteria yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea

§ Membunuh kulat yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain

§ Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit Hubungan suami isteri.

§ Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik)

§ Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk sperma subur serta bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)

§ Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (seperti keputihan).