Ahad, 4 April 2010

Siapa Wong Fei Hong

Sudah banyak orang yang tahu bahwa tokoh bahari legenda China, Sam Poo Kong alias Muhammad Cheng Ho adalah seorang Muslim. Namun nampaknya masih banyak yang belum tahu bahwa masih banyak tokoh China legendaris yang ternyata beragama Islam. Dua di antaranya ialah Wong Fei Hung dan Judge Bao.



Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagohan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperanankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?



Wong Fei Hung adalah seorang Ulama Islam, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.



Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.



Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh harimau Kwantung. Posisi harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.."



"Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjangi oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.



Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengubatan umumnya berasal dari kalangan warga miskin yang tidak mampu membayar biaya pengubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan bersungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa prajudis.



Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.



Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan (shadow kick) yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, saudara seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.



Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in."



"Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya membelasah lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton yang mengeroyoknya kerana dia membela rakyat miskin yang tertindas.



Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia yang pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendirian sehingga kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.



Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin."
 
***Tulisan asal sebenarnya ditulis daripada blog rakan di Indonesia

Khamis, 4 Mac 2010

Sejarah Bursa Saham

Apakah sebenarnya yang dijual dan dibeli oleh beribu-ribu pelabur setiap hari? Dari manakah asal-usul saham?

Sebenarnya pasaran saham dan syarikat saham bersama (joint stock companies) bukanlah satu perkara baru.

Berdasarkan Buku Rekod Dunia Guinness, bursa saham yang tertua di dunia adalah Bursa Saham Amsterdam, Belanda yang menjalankan urusniaga saham bercetak United East India Company of Netherlands pada 1602.

Manakala syarikat yang tertua di dunia pula ialah Faversham Oyster Company yang ditubuhkan sebelum 1198.

Bursa Saham New York pula dikatakan telah mula beroperasi seawal tahun 1725 di kaki lima Wall Street.

Pada kurun ke-17, dipercayai wujud minat yang mendalam di kalangan orang Eropah untuk belayar dan meneroka dunia baru. Setiap penerokaan berkenaan memerlukan banyak peruntukan sebagai modal bagi pembiayaan kelengkapan dan persediaan pelayaran.

Dari sinilah dikatakan bermulanya idea penubuhan syarikat saham bersama, di mana kos pembiayaan atau peruntukan sesuatu pelayaran itu ditawarkan kepada orang ramai. Dengan demikian, jika berlaku sesuatu kemalangan atau kegagalan, kerugiannya dapat diminimumkan kerana ditanggung oleh ramai individu.

Saham boleh didefinasikan sebagai sumbangan modal secara bersama oleh pemilik syarikat yang bersetuju untuk menanggung risiko sama ada kerugian dan keuntungan secara bersama berdasarkan peratusan sumbangan modal masing-masing.

Pemilikan saham juga bermaksud pelabur itu telah bersetuju memberi mandat kepada pihak pengurusan syarikat untuk mengendalikan perniagaan syarikatnya.

Oleh itu, pemegang saham mempunyai hak untuk menerima pulangan dari keuntungan mahupun kerugian syarikat terbabit.

Saham juga bermakna sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan dan pemegang saham adalah pemilik syarikat. Bagi memulakan operasi perniagaan, sesebuah syarikat semestinya memerlukan beberapa jenis aset perlu seperti tanah, bangunan dan jentera. Modal diperlukan untuk mendapatkan aset berkenaan.

Modal pula boleh dijanakan melalui pemilikan saham yang juga dikenali sebagal modal ekuiti (equity capital) dari pinjaman (debt equity) dan dari keuntungan syarikat yang tidak dibahagikan kepada pemegang saham atau perolehan tertahan (retained earnings).

Beliau juga berhak ke atas perolehan dividen dan terbitan hak (right issues) iaitu suatu terbitan saham baru sesebuah syarikat yang ditawarkan hanya kepada pemilik sahamnya saja.

Begitu juga didalam situasi pembubaran syarikat sama ada secara paksaan atau sukarela, pemegang saham berhak keatas sebahagian aset setelah semua hutang syarikat dilunaskan.

Isnin, 22 Februari 2010

YTL beli sejuta cip tunggal WiMAX bagi rangkaian 4G

 YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Com.) hari ini mengumumkan pembelian sejuta unit cip tunggal WiMAX GDM7205 dan cip mod dua hala tunggal GDM7215 WiMAX/Wi-Fi dari pembekal peneraju WiMAX global, GCT Semiconductor (GCT).

GCT merupakan peneraju pembekal penyelesaian WiMAX bergerak yang berpusat di Amerika Syarikat.

YTL Com. dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, perjanjian pembelian itu menunjukkan komitmen YTL dan tanda dedikasi GCT yang menyokong sepenuhnya penggunaan rangkaian perkhidmatan 4G di seluruh negara.

Kata kenyataan itu, GCT akan berkongsi kepakaran teknikal dan menyediakan YTL Com. dengan kemajuan cip WiMAX kuasa terendah yang boleh didapati di pasaran hari ini.

"Ini menjadikan visi YTL Com. untuk mencipta ekosistem lengkap dengan perkhidmatan Internet telefon menggunakan 4G menjadi kenyataan,'' kata kenyataan tersebut.

YTL Com. mahu menjadi pertama dalam dunia melancarkan rangkaian 4G seluruh negara menawarkan hubungan seni internet bergerak ke Malaysia.

GCT merupakan peneraju pasaran dalam menyediakan penyelesaian cip tunggal dunia WiMAX.

GCT memegang status penguasaan pasaran terbesar berdasarkan jualan set cip WiMAX dan beberapa pelanggan WiMAX baru-baru ini menggunakan teknologi GCT.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Com., Wing K. Lee berkata, pengumuman yang dibuat hari ini merupakan batu loncatan kepada YTL.

Katanya, memacu skala ekonomi merupakan keutamaan dalam usaha pembangunan ekosistem syarikat seperti mana syarikat membangunkan rangkaian 4G pertama di seluruh dunia.

"Dalam sejarah WiMAX, ia merupakan perkara yang signifikan bagi memastikan masa depan pelanggan akan menikmati harga yang terbaik dalam produk dan penyelesaian 4G,'' ujarnya.

Date : 22 Feb 2010


Great Eastern hampir miliki Tahan Insurance

Great Eastern Holdings Ltd. (Great Eastern) hampir pasti untuk memiliki perniagaan insurans am, Tahan Insurance Malaysia Bhd. (Tahan Insurance).

Menurut kenyataan dikeluarkan, Great Eastern telah meneruskan rundingan untuk memiliki segmen perniagaan tersebut.

''Syarat dan terma bagi pembelian tersebut perlu mendapat kelulusan pihak berwajib.

''Sekiranya pengambilan alihan tersebut dimuktamadkan ia tidak melibatkan transaksi besar di bawah peraturan penyenaraian Singapore Exchange Securities Trading Limited,'' katanya.

Pada bulan lalu, Tahan Insurance telah menawarkan untuk menjual perniagaan insurans amnya kepada pihak yang berminat.

Great Eastern telah menerima pelawaan tersebut.

Great Eastern dimiliki sepenuhnya oleh Great Eastern Holdings Ltd. dan syarikat induknya adalah Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd. (OCBC).

Difahamkan sekiranya rundingan itu berjaya, Great Eastern, salah sebuah syarikat insurans terbesar di negara ini, dijangka bakal mengukuhkan kedudukannya dalam segmen insurans am di Malaysia.

Syarikat tersebut menawarkan pelbagai produk seperti pelan insurans hayat, pelan berkaitan pelaburan, perlindungan gadai janji, perlindungan perniagaan, manfaat pekerja, insurans perubatan dan skim manfaat kesihatan kumpulan.

Great Eastern kini dikatakan berada di landasan yang betul untuk menjadi peneraju penyedia perkhidmatan kewangan di Asia.


Date: 22/2/2010






Isnin, 8 Februari 2010

Kemerosotan eksport mungkin sudah berakhir

Date: 8 Feb 2010

Kemerosotan dalam eksport mungkin sudah berakhir jika lonjakan 18.7 peratus tahun ke tahun pada Disember lepas, pertumbuhan dua angka sejak September 2008, merupakan petunjuk.

Lantunan yang lebih kukuh daripada yang diunjurkan sebanyak 12.5 peratus, mungkin tanda bahawa kesan pemulihan ekonomi boleh diatasi lebih awal daripada jangkaan, kata OSK Research dalam Kajian Pelaburan Ekuiti Malaysia.

Selain kesan asas yang rendah, ia berkata, lantunan ketara itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh lonjakan dalam eksport barangan elektrik dan elektronik (+33.3 peratus), petroleum mentah (+77.2 peratus), petroleum bertapis (+37.5 peratus) dan kimia dan barangan kimia (+31.6 peratus).

Kecuali bagi gas asli cecair (-36.2 peratus) dan bulu (-0.2 peratus), semua kategori lain mencatatkan pertumbuhan besar, katanya.

Selari dengan peningkatan eksport, import melonjak 23.3 peratus tahun ke tahun, berbanding anggaran peningkatan 21.5 peratus. Barangan pengantara menyumbang 66.4 peratus daripada jumlah import, beralih kepada positif dengan pertumbuhan 18.8 peratus berbanding -4.4 peratus pada November 2009.

Eksport dan import masing-masing berkembang 9.2 peratus dan 3.4 peratus bulan ke bulan. Bagaimanapun bagi keseluruhan tahun, eksport dan import masing-masing susut 16.6 peratus, menyebabkan lebihan jumlah dagangan sebanyak RM118.4 bilion.

Sebahagian besar lantunan tahun ke tahun dalam eksport sebahagian dipacu oleh China (+99.3 peratus), Hong Kong (+49.9 peratus), Thailand (+64.0 peratus) dan Singapura (20.2 peratus).

Eksport ke Amerika Syarikat dan Jepun terus menguncup, masing-masing pada 0.5 peratus dan 33.3 peratus.

"Jika aliran semasa berterusan, kami yakin ASEAN akan menjadi pemacu utama pertumbuhan perdagangan luar. Walaupun Jepun dan Amerika Syarikat terus menjadi lima destinasi utama eksport Malaysia, ia mungkin diatasi oleh ASEAN suatu hari kelak," kata OSK Research.

Pemulihan dalam eksport itu juga mungkin menyokong jangkaan umum mengenai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku keempat 2009, kata Kenanga Research dalam laporan berasingan.

Menerusi sokongan permintaan domestik yang semakin meningkat, dianggarkan KDNK meningkat kepada 2.8 peratus pada suku keempat 2009.

Ia berkata, momentum pertumbuhan eksport akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2010 hasil sokongan permintaan yang kukuh dalam barangan elektrik dan elektronik serta pemulihan ekonomi dunia.

"Berdasarkan asas yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini serta pemulihan global yang perlahan, kami menjangkakan pertumbuhan eksport akan meningkat bagi keseluruhan 2010 yang diunjurkan melantun ke 3.0," katanya.

Kekurangan belian Bursa terus jatuh

KUALA LUMPUR 8 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan hari ini berikutan kekurangan belian institusi, kata para peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 12.68 mata atau 1.02 peratus kepada 1,235.22 selepas dibuka 0.09 mata lebih rendah pada 1,247.81.

Para peniaga berkata sentimen yang lemah itu diburukkan lagi oleh krisis hutang berdaulat yang semakin meningkat di Eropah dan kelemahan pasaran serantau. Indeks Perusahaan turun 14.5 mata kepada 2,561.18 dan Indeks Perladangan susut 18.93 mata kepada 6,130.12.

Indeks FBM Emas jatuh 85.91 mata kepada 8,319.62, Indeks FBM70 berkurangan 59.9 mata kepada 8,180.78 manakala Indeks FBM Ace turun 50.78 mata kepada 4,263.85.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 608 berbanding 119 manakala 214 kaunter tidak berubah, 386 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 769.125 juta saham bernilai RM1.316 bilion daripada 918.215 juta saham bernilai RM1.522 bilion, pada Jumaat minggu lepas.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM8.31, Maybank susut sembilan mata kepada RM6.72, CIMB Group berkurangan 20 sen kepada RM12.22 dan Maxis merosot tiga sen kepada RM5.33.

Di kalangan kaunter cergas, KNM Group berkurangan tiga sen kepada 78.5 sen, Malaysian Res Corp susut empat sen kepada 13 sen tetapi ETI Tech naik 1.5 sen kepada 46 sen dan Talam jatuh setengah sen kepada 11.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 643.208 juta saham bernilai RM1.286 bilion, daripada 776.764 juta saham bernilai RM1.492 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Ace meningkat kepada 65.579 juta unit bernilai RM15.938 juta daripada 49.643 juta unit bernilai RM11.003 juta, sebelumnya.

Waran susut kepada 38.195 juta saham bernilai RM6.88 juta daripada 57.859 juta saham bernilai RM8.807 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 31.981 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 165.912 juta, pembinaan 66.357 juta, perdagangan dan perkhidmatan 178.29 juta, teknologi 24.422 juta, prasarana 9.275 juta, kewangan 72.544 juta, hotel 2.530, harta 69.729 juta, perladangan 20.854 juta, perlombongan 11,000, REITs 1.277 juta, dan dana tertutup 24,000. - Bernama